DATIN ALYAH DUTA TWOMEE

Sabtu lalu, Kami dijemput untuk menyaksikan sebuah majlis yang gilang gemilang iaitu Majlis pelancaran produk terbaru oleh Syarikat TWOMEE HEALTH & BEAUTY (M) SDN. BHD. Majlis yang dirasmikan oleh pengasas produk kosmetik TWOMEE iaitu Dato Suraya Binti Hj Semaru ini berlangsung di Royale Chulan Damansara. Majlis yang diadakan hari Sabtu, 9 Mac 2024 itu, turut dimeriahkan dengan kehadiran duta TWOMEE iaitu Datin Noor Hasliah Abu Hassan atau lebih dikenali sebagai Datin Alyah. Datin Alyah yang tampil berbusana hitam yang anggun itu datang bagi menyempurnakan acara perasmian sekali gus menyampaikan lagu tema TWOMEE.

Lagu tersebut dicipta oleh komposer Exactesy dan Rudeen manakala lirik pula dicipta oleh a a a cm. Bukan sahaja Datin Alyah hadir sebagai duta produk terbaru TWOMEE, tetapi beberapa artis dan pempengaruh media sosial tempatan tidak terkecuali untuk turut menjadi tetamu di majlis perasmian tersebut, antaranya, Nadia Brian, Luqman Podolski, Adira Suhaimi, Ani mayuni, Yasmin Aziz, Sarah Suhairi dan ramai lagi. 

“Bukan mudah untuk menghasilkan produk kosmetik yang berkualiti, kerana ia perlu melalui pelbagai ujian klinikal termasuk proses penyelidikan dan pembangunan yang berulang kali sehingga mendapatkan hasil yang terbaik. Harapan saya untuk memastikan jenama Twomee ini menjadi salah satu produk kosmetik pilihan pengguna”. Kata Pengasas produk TWOMEE, Dato Suraya Binti Haji Semaru. 

Terhasilnya idea Makeup Based 3 dalam 1 ini disebabkan oleh kesibukan wanita alaf baru yang kebanyakkannya berkerjaya dan masa mereka sangat terhad. Dari masalah itulah tercetusnya idea untuk menghasilkan produk yang cepat digunakan, berkualiti dan sangat sesuai untuk menjaga semua jenis kulit. 

Menurut Datin Alyah selaku Duta produk Twomee, beliau sangat bersyukur dan berterima kasih kepada pengasas iaitu Dato Suraya yang sudi bekerjasama dengannya. “Saya tahu dengan keadaan sekarang persaingan sangat kuat, ramai diluar sana yang lebih hebat dari saya. Inilah namanya rezeki dan saya perlu kerja lebih kuat untuk membantu jenama ini agar mendapat sambutan yang baik dipasaran. Saya akan memainkan peranan saya sebagai duta produk untuk memperkenalkan Twomee dipasaran”.

“Apa yang membezakan, kelebihan produk TWOMEE dengan produk lain ialah produk TWOMEE ini bukan sekadar untuk bersolek semata ia juga boleh dijadikan produk penjagaan kulit yang sesuai untuk semua peringkat umur dan jantina. Jadi kami menyasarkan TWOMEE untuk semua, bukan hanya wanita”. Tegas Puan Mastura Binti Mahmud, Ketua Pengarah Operasi TWOMEE. 

Jenama Twomee yakin bahawa produk ini dapat memberikan hasil yang terbaik kerana bahan-bahan semula jadi yang kami gunakan ini diimport dari luar negara. Antaranya ialah Petroleum yang dapat mencegah punca kehilangan kelembapan pada kulit. Selain itu, bahan seperti Helichrysum merupakan herba yang dapat mencegah penuaan kulit, menghalang keradangan kulit dan sangat membantu kulit yang bermasalah. Disamping itu kami menggunakan Snow Mushroom sebagai agen kelembapan yang berkesan 3 kali ganda lebih baik dari Hyaluronic Acid

Selepas majlis pelancaran ini, kami akan lebih giat melakukan aktiviti promosi dan pemasaran serta jualan atas talian disemua platform media sosial kami seperti Tiktok, Facebook dan Instagram. Penjualan produk fizikal boleh didapati ibu pejabat TWOMEE. Jangan lupa untuk dapatkan dan memberi sokongan kepada produk tempatan ini.

Catat Ulasan

0 Ulasan