MIFFEST KE-7 MENEROKAI SINEMA DUNIA

Festival Filem Antarabangsa Malaysia ke-7 (MIFFest) dengan sukacitanya kini kembali, dengan menjanjikan sambutan yang tiada tandingan di pawagam bermula dari 21-28 Julai 2024.

Tahun ini, MIFFest membawa tema evocative "Uncaged" dengan kehadiran Pelakon berkarisma Bront Palarae sebagai Duta rasmi, pasti dapat memikat lebih ramai penonton, bakal berlangsung di salah sebuah lokasi terbaik (menerusi kerjasama rakan strategik) The Exchange TRX.

Era Baharu Bercerita

Tema tahun ini, "Uncaged," menandakan peralihan daripada sempadan atau era konvensional, bagi memperjuangkan penceritaan yang inovatif dan penerokaan wilayah sinematik yang belum diterokai sepenuhnya. Festival ini didedikasikan untuk mempamerkan karya-karya dan filem yang merangkumi semangat kebebasan kreatif, menawarkan platform untuk suara yang menuntut untuk didengari dan cerita yang bergema dengan keaslian dan keberanian.



Presiden dan Pengasas MIFFest, Cik Joanne Goh, menjelaskan festival yang mengiktiraf karya pembikin filem ini memberi impaknya yang cukup mendalam terhadap pembangunan sinema dunia. Ini diteruskan melalui penganjuran kali ke-7 .


"MIFFest sudah memasuki tahun ke-7, satu pencapaian yang merendah diri dan menarik. Saya sentiasa melihat MIFFest bukan sekadar festival mahupun perayaan, tetapi sebagai komitmen, komitmen untuk memupuk komuniti yang lebih baik, memupuk landskap pembikinan filem yang lebih sihat, dan memupuk adegan seni organik yang lebih bertenaga," katanya.


Melalui kata-katanya, Cik Goh merangkumkan intipati aspirasi MIFFest dan dedikasinya untuk memperkayakan permaidani budaya Malaysia dan seterusnya, menetapkan pentas untuk festival yang meraikan bukan sahaja filem, tetapi landskap seni dan kreativiti yang lebih luas.


Meraikan Duta MIFFest Bront Palarae


Terkenal dengan bakat besar dan karakter pelbagai rupa sebagai pelakon, penerbit dan pengarah, Bront Palarae sekali lagi menyerikan MIFFest sebagai Duta, yang mewakili dan menjiwai semangat festival "Uncaged" menerusi daya tarikannya yang tersendiri serta semangat dan dedikasi beliau yang mendalam terhadap pawagam.



Palarae dengan fasih menangkap intipati sebenar MIFFest, berkata, "Festival ini melambangkan perjumpaan semula tahunan, tradisi yang dihargai bagi meraikan hubungan yang telah kami bina dan pencapaian keseluruhan."

Mercu Tanda Perkongsian Strategik dengan FINAS

Pengumuman perkongsian strategik MIFFest dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menandakan satu lagi peristiwa penting, yang meningkatkan pengaruh festival sekaligus mempamerkan kepelbagaian industri perfileman Malaysia.


FINAS, sebagai Rakan Strategik, menyumbang kepada landskap filem tempatan yang lebih dinamik, mampu menonjolkan kepentingan festival ini  dalam mempromosikan filem di peringkat Nasional dan Antarabangsa.



Dato' Azmir Saifuddin, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, melahirkan rasa terujanya terhadap kerjasama ini, menekankan matlamat bersama untuk memupuk bakat dan penghargaan peringkat global terhadap industri pawagam di Malaysia.


"Kami sangat teruja untuk bergabung tenaga dengan MIFFest untuk edisi tahun ini. Perkongsian ini merangkumi visi bersama kami, memupuk bakat dan mempamerkan kemeriahan pawagam Malaysia kepada Dunia. Saya sangat teruja dan sangat menantikannya," katanya.


Rakan Penaja Hap Seng Star dan Mercedes-Benz Malaysia Memacu MIFFest Ke Hadapan

Hap Seng Star dan Mercedes-Benz Malaysia meningkatkan keterujaan sebagai Rakan Kongsi Automobil Rasmi MIFFest ke-7, sejajar dengan jenama yang berkongsi visi untuk kualiti dan kecanggihan sambil turut menyelaraskan dengan etos pemikiran ke hadapan festival, mempamerkan Mercedes-EQ elektrik siri sekaligus menandakan satu langkah ke arah kemewahan yang mampan dan teknologi canggih dalam dunia sinematik.

MIFFest kini Mengalu-alukan penyertaan Zizan Razak ke Lembaga Penasihat

Festival ini dengan penuh rasa teruja mengalu-alukan kehadiran pelakon terkenal Zizan Razak menjadi sebahagian dari Lembaga Penasihatnya. Zizan yang sebelum ini dikenali sebagai juri tahun lalu dan juga pelakon terkenal dalam industri hiburan tanah air, menonjolkan peranan beliau sebagai bukti dedikasi dan minatnya terhadap pawagam. Penglibatannya dalam MIFFest ke-6 sebagai ahli juri menyumbang pendapat yang tidak ternilai, dan kehadirannya yang berterusan sebagai Lembaga Penasihat adalah diharapkan dapat membentuk laluan lebih berwawasan festival ini.


Penaja dan Rakan Kongsi Yang Turut Mengambil Bahagian

Selaras momentum MIFFest ke-7, festival ini dengan bangganya memperkenalkan barisan penaja dan rakan kongsi, yang berperanan menyumbang secara signifikan kepada kejayaan setiap acara dalam menonjolkan daya tarikan global. Antaranya, PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur dalam terus menyertai MIFFest sebagai Hotel Rasmi penganjuran. Komitmen MIFFest ke-7 terhadap dialog antarabangsa menerima sokongan Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong (HKETO), yang berperanan sebagai Rakan Kongsi Sokongan untuk memupuk pertukaran silang budaya. 

GSC International Screens sebagai Pawagam Rasmi, dalam menyediakan pelbagai platform untuk tayangan setiap filem. Bagi memperkasakan capaian teknologi jalur lebar MIFFest, TikTok Live sebagai Rakan Penstriman Rasmi, dalam menyebarluaskan kandungan menarik festival ini kepada khalayak di seluruh dunia, manakala Kerastase, rakan kongsi Penjagaan Rambut Rasmi, membawakan elemen Glamor dan penuh Gaya pasti dapat menyerikan lagi acara ini. Mengukuhkan ikatan Festival Antarabangsa, sekali lagi MIFFest jalin kerjasama bagi tahun ketiga berturut-turut dengan Festival Filem Udine Far East sebagai Rakan Festival dapat menunjukkan perpaduan dan visi bersama dalam menjayakan komuniti filem global. Perkongsian ini bukan sahaja meningkatkan pengalaman MIFFest tetapi juga meletakkan kedudukan festival dalam mengalu-alukan kerjasama bagi meningkatkan semangat kreatif industri Filem di pawagam.

Jemputan untuk Meneroka

MIFFest kini menyampaikan jemputan ikhlas kepada peminat filem, penggiat professional industri, pengunjung festival, dan komuniti filem global untuk menyertai kami di Kuala Lumpur dalam sambutan yang luar biasa. Program bakal di isi dengan Tayangan Perdana Antarabangsa, Sesi Perbincangan yang berwawasan dan acara-acara  lain yang meriah. Apa yang pasti MIFFest bakal menyajikan dan menjanjikan acara terpenting dalam kalendar kebudayaan 2024.

MIFFest ke-7, berlangsung pada 21-28 Julai 2024, di The Exchange TRX dan GSC Cinemas.

Untuk butiran lanjut mengenai MIFFest, termasuk kemas kini dan pengumuman, layari laman web rasmi di miffest.com.my atau ikuti saluran media di Facebook dan Instagram.


Catat Ulasan

0 Ulasan