HARI RAYA AIDILFITRI DI SAMBUT HARI INI


Umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari ini iaitu Rabu ( 10 April 2024). 

Pengumuman Hari Raya itu dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Seri Syed Danial Syed Ahmad dalam satu siaran langsung pada malam Selasa.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Rabu, 10 April 2024".

Terdahulu, aktiviti cerapan anak bulan dilaksanakan di 29 lokasi seluruh negara, petang semalam.

Cerapan anak bulan dikendalikan Jawatankuasa Melihat Anak Bulan/ Rukyah Negeri yang dipengerusikan mufti negeri dan ahlinya, merangkumi pakar falak, alim ulama, pegawai falak berkemahiran serta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).

Maklumat rukyah yang digunakan adalah data rasmi untuk Malaysia, terbitan JUPEM. 

Catat Ulasan

0 Ulasan