NOSTALGIA : LAGU BERSAMA DI HARI RAYA DIPOPULARKAN PASANGAN ADIK BERADIK BERBANGSA INDIA

Setiap kali menjelangnya hari raya Aidilfitri pastinya ada di antara kita pernah mendengarkan lagu ini. Lagu malar segar berjudul Bersama Di Hari Raya yang sering dimainkan di radio rupanya dinyanyikan oleh sepasang adik-beradik berbangsa India.

Kumpulan yang dikenali sebagai Cenderawasih itu mengeluarkan lagu berkenaan pada tahun 2005 iaitu 19 tahun yang lalu. Cenderawasih yang ditubuhkan pada tahun 1981 itu dianggotai oleh Irene dan Helen Savaree. Mereka bernaung di bawah syarikar rakaman EMI selama tiga tahun dan berjaya meraih populariti tinggi sebagai kumpulan bukan berbangsa Melayu pada ketika itu.

Mereka kemudian mencipta nama melalui lagu Deritamu Deritaku yang dipetik daripada album pertama mereka yang dirakamkan pada tahun 1984. Sepanjang kerjaya mereka sebagai penyanyi, kumpulan ini telah menghasilkan tiga album iaitu Cenderawasih Volume 1 - Sepanjang Perjalanan Ini (1984), Cenderawasih Volume 2 (1985) dan Cenderawasih Vol 3 (1986).





Selepas menamatkan pendidikan muzik mereka di Berklee College of Music di Boston, kumpulan itu dibubarkan dan membawa haluan masing-masing. Irene menubuhkan kolej muzik di Kuala Lumpur yang di kenali sebagai International College Of Music (ICOM), sementara kakaknya Helen berpindah ke Switzerland bersama suaminya dan mereka menganjurkan acara muzik untuk golongan muda di negara tersebut iaitu Jazzaar Festival.

Selain Cenderawasih, kumpulan muzik paling popular dalam sejarah negara ialah Alleycats yang diasaskan oleh Datuk David Arumugam. Lagu yang sering diputarkan semasa musim perayaan Aidilfitri ialah Berita Dari Rantau. Ia dikeluarkan pada tahun 2004.

Artikel ini pernah disiarkan dan dipetik dari Sinar Harian. 

Catat Ulasan

0 Ulasan