DISKORIA DAN SHEILA MAJID BAKAL BERKONGSI PENTAS

Mendengar namanya sahaja sudah boleh membuat badan anda bergoyang dan ingin berdansa. Bayangkan bagaimana pula jika kumpulan yang menjadi pelopor muzik disko lokal Indonesia, Diskoria yang sedang hangat dengan single terkini, Badai Telah Berlalu (bersama Bunga Citra Lestari & Laleilmanino) berada di depan anda lalu mempersembahkan karya mereka secara langsung.

Dan itulah yang akan anda nikmati  di Zepp Kuala Lumpur, tanggal 14 Jun 2024 ini! MY Deteksi bersama penganjur bersama Sembang Kari Entertainment dan Tourism Malaysia berbangga membawakan satu-satunya konsert yang akan dibanjiri genre muzik disko nan ‘dilarang diputar di disko’ menerusi A Time Travel Diskoria With A Special Guest Sheila Majid.


Ya, anda mendapatkan bonus berganda kerana penampilan perdana Diskoria di Malaysia akan disertai bintang seni tersohor tempatan yang mencipta legasi dalam seni muzik Nusantara, Dato' Sheila Majid sebagai penampilan khas.


“Ucapkan selamat datang kepada Diskoria yang akan menyebarkan aura disko dan pesta dalam A Time Travel Diskoria With A Special Guest Sheila Majid pada 14 Jun 2024 ini di Zepp Kuala Lumpur.




“Selaku penganjur kami di MY Deteksi bersama Sembang Kari Entertainment dan Tourism Malaysia malah berbesar hati dan berasa terhormat di atas persetujuan penyanyi legenda Datuk Sheila Majid sebagai penampilan khas.


“Mahu tahu bagaimana konsert berlangsung kelak saat Diskoria ‘berpesta’ dan Sheila Majid menjadi ‘bumbu khas’, jangan lewatkan pertemuan bersama mereka dalam konsert ini.


“Ucapan terima kasih juga kepada Jemput Dengar yang akan menjadi artis pembuka konsert ini,” kata Shafika Mazlan dari My Deteksi.


Pertama kali berkongsi panggung bersama Sheila Majid, pendiri Diskoria, Merdi Simanjuntak dan Fadli Aat punya harapan agar A Time Travel Diskoria With A Special Guest Sheila Majid mencipta magis dan membawa masa silam hadir ke dunia masa kini lewat persembahan mereka.


“Diskoria sangat senang dijemput hadir ke Malaysia dan apa lagi di konsert perdana kami nanti yang menjadi tamu istimewanya adalah salah seorangnya, Dato' Sheila Majid.


“Nah bagaimana kelak konsert akan berlangsung, kami akan pastikan semua berpesta ria. Pulang ke masa silam muzik disko yang dinikahi teknologi kini,” ujar duo tersebut.


Bagi pelantun suara Sinaran dan Ku Mohon, Dato' Sheila Majid pula menganggap kolaborasi bersama Diskoria untuk sebuah konsert yang bakal berlangsung pada 14 Jun depan sebagai penanda aras bagi membangkitkan seni muzik ke satu tahap yang boleh dibanggakan. Malah penyanyi legenda berusia 59 tahun itu berharap peminat muzik dari dua buah negara dapat menerima persembahan mereka nanti.


Dengan itu jangan sampai terlewatkan untuk hadir di pesta A Time Travel Diskoria With A Special Guest Sheila Majid tanggal 14 Jun 2024 di Zepp Kuala Lumpur.


Dengarkan Balada Insan Muda, Pelangi Cinta atau Serenata Jiwa Lara dengan harga tiket Serenata Jiwa Lara (RM165), Sinaran (RM165), C.H.R.I.S.Y.E (RM220) Badai Pasti Berlalu (RM320). Pembelian tiket boleh dibeli menerusi www.myticket.asia.


Sampai jumpa di A Time Travel Diskoria With A Special Guest Sheila Majid di Zepp Kuala Lumpur pada 14 Jun 2024 ini!


Gambar: Sheila Majid & Iedin Abdul


Catat Ulasan

0 Ulasan