Para Mootiara (gelaran para peminat Tiara Andini) sepertinya sedang dimanjakan oleh penyanyi kesayangan mereka, Tiara Andini. Bukan tanpa alasan, baru sahaja selesai dengan projek muzikalnya bersama Arsy Widianto, Tiara Andini kini kembali mengeluarkan lagu terbaharu yang diberi judul “Kupu-Kupu”. Single “Kupu-Kupu” ini sangat berbeza dengan lagu sebelumnya yang menyajikan rentak dan muzik ala K-Pop. Kini Tiara Andini memberikan sesuatu yang segar dengan membawa nuansa muzik tarian pop ala 80-an.
Untuk pengetahuan semua lagu “Kupu-Kupu” merupakan lagu cinta yang menceritakan tentang dua orang yang sama-sama saling suka, namun saling tidak berani menyampaikan perasaan cinta tersebut. “Tahu kan? Kalau sedang suka, biasanya jadi sedikit takut untuk mengungkapkan perasaan. Ini terjadi pada kedua-dua orang dalam kisah ini, padahal saling suka. Lebih kurang begitulah cerita lagunya,” ungkap Tiara. Sementara itu, dari sudut suara, seperti yang sudah disebutkan di atas, lagu ini menyajikan nuansa tarian pop 80-an yang sangat menyeronokkan, ceria, dan menyenangkan. Nada-nada yang ditampilkan juga mudah ditarikan.
Pelancaran “Kupu-Kupu” sangat dinantikan oleh para Mootiara, iaitu para peminat Tiara, kerana sebelum ia dikeluarkan lagi, Tiara sudah memberikan banyak pembayang bertemakan kupu-kupu yang membuat para peminat tertanya-tanya. Semuanya bermula saat Tiara mengganti Spotify Canvas kesebelas lagu-lagunya dengan tema kupu-kupu, hingga mengirimkan pesan kupu-kupu kepada penggemarnya di Instagram. Hal ini tentunya membuat para Mootiara sangat teruja, mengenangkan Tiara Andini memang suka memberikan petunjuk atau hint tentang karya-karyanya.
Ada Dede Sunandar di video muziknya
Konsep video muziknya sendiri dibuat dengan nuansa 80-an, vintage! Penuh warna-warni, latarbelakangnya juga diolah ceria, begitu juga dengan tatabusananya. Apalagi, di saat tarian Dede, Tiara, dan keempat-empat penari beraksi ria di lantai dansa. “Saat perbincangan, saya begitu teruja dengan konsep video muziknya. Apalagi di sana juga ada Kak Dede. Ternyata hasilnya sangat bagus dan sangat memuaskan,” ujar Tiara.
0 Ulasan