'BELUM MULAI' SUDAH TULAR!

 


Kumpulan Insomniacks nampaknya tidak mengenal erti putus asa. Sejak kemunculan awal mereka dahulu, kumpulan ini terus mengukuhkan nama mereka dalam industri muzik tempatan. Kini mereka melebarkan sayap lagi ke negara jiran selepas bekerjasama dengan bintang dari seberang yang semakin meningkat naik iaitu Nabila Taqiyyah melalui lagu Belum Mulai.

 

Nabila Taqiyyah merupakan bekas naib juara rancangan realiti tersohor Indonesia iaitu Indonesian Idol musim ke-12 yang ditayangkan di stesen TV RCTI pada tahun 2022—2023. Belum Mulai ditulis dan dikompos oleh beberapa entiti berbakat iaitu Clara Riva dan S/EEK. Lagu ini mempunyai nuansa muzik kumpulan kugiran era 2000-an. Lagu dan video muziknya mengisahkan seseorang yang terpaksa melepaskan seseorang yang sebenarnya belum sempat menjalin hubungan cinta dengannya.

 

Apa yang menakjubkan adalah sedutan lagu ini yang dikeluarkan pada 12 Jun telah mendapat lebih 850 000 tontonan di laman sosial Instagram dengan 1,700 komen.  Ini diikuti dengan 730 000 tontonan bersama 1,700 lebih komen lagi saat pendedahan rekaan muka depan lagu disiar di laman Instagram pada tarikh 20 Jun 2024. Pra-pelancaran lagu ini telah dibuat pada 20 Jun 2024 manakala pelancaran penuh akan diadakan pada 28 Jun jam 12 tengah malam, bersama video muziknya yang akan ditayangkan di saluran YouTube Insomniacks pada tarikh sama jam 10 malam.

 

Lagu ini telah dirakam di Jakarta pada bulan Mac dan penggambaran video muzik telah diadakan pada bulan Mei. Dengarkan audio pra-dengar Belum Mulai sekarang!



Catat Ulasan

0 Ulasan