JILID ROCKESTRA ELLA DI PLENARY HALL, KLCC 9 & 11 OGOS : DITAMBAH SEHARI

Diatas sambutan hangat peminat muzik tanah air, Jilid Rockestra Ella: Rockers juga Manusia' yang dijadualkan berlangsung 9 Ogos 2024 (Jumaat) itu ditambah sehari lagi iaitu pada 11 Ogos 2024. 

Memilih Plenary Hall, KLCC sebagai lokasi penganjuran, konsert yang dianjurkan Hitman Solutions dan RockQueen itu merupakan sebuah persembahan eksklusif Ella sepanjang 4 dekad berada di dalam industri hiburan dan muzik tanah air.

Penambahan tarikh pada 11 Ogos itu bagi memberi peluang kepada peminat yang tidak berkesempatan hadir pada malam pertama konsert tersebut berlangsung. Ketika tinjauan di laman rasmi Hitman Solutions, tiket bagi menyaksikan persembahan Ella pada 9 Ogos sudah kehabisan, manakala hari kedua yang berlangsung 11 Ogos itu mempunyai tiket platinum, diamond, vvip dan vip yang bermula harga jualan di antara RM388 hingga RM888. Bagi anda yang ingin mendapatkan tiket tersebut boleh berbuat demikian segera sebelum kehabisan. 

Menurut rekod, kali terakhir Ella mengadakan konsert dalam genre orkestra adalah pada tahun 2017 lalu menerusi Ella Live With The MPO: A Rock Queen's Journey di DFP 7 tahun yang lepas. Namun, untuk menyuntik semula memori tersebut, Ella sekali lagi bakal mencipta magisnya melalui konsert terbaharu ini yang turut menampilkan Dato' Hashridz Murshim atau Dato' Acis sebagai pengarah muzik.  

Jilid Rockestra Ella: Rockers juga Manusia bakal berlangsung 9 dan 11 Ogos 2024 di Plenary Hall, KLCC dengan harga tiket bermula dari RM148 hinggalah RM888. 

Ikuti artikel sebelum ini

Kredit Gambar Muka Depan: Shafiq Shahar & Brader Nizam

Catat Ulasan

0 Ulasan