KONSERT ADA APA DENGAN MELLY & FRIENDS...LULUS CEMERLANG!


ADA APA DENGAN MELLY GOESLAW?? ADA APA DENGAN AXIATA ARENA BUKIT JALIL? MENGAPA PADA TANGGAL 1 JUN 2024 YANG LALU BERIBU PELAJAR PELBAGAI NEGARA DAN NEGERI DATANG MEMPERAGAKAN PAKAIAN SEKOLAH DI STADIUM AXIATA?

YA, semua mereka, peminat tegar Melly Goeslaw hadir untuk sesi Malam Graduasi 'Apa apa dengan Melly & Friends di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, 1 Jun yang lalu. Konsert yang berjaya dihadiri lebih 9,000 peminat Melly Goeslaw membuatkan Konsert itu sebuah Konsert 'Sold Out' FullHouse. Peminat dan Penonton yang hadir juga masing-masing tidak melepaskan peluang untuk memperagakan pakaian mengikut tema iaitu baju Graduasi, baju Sekolah, baju sukan & macam-macam lagi pakaian yang boleh dikaitkan dengan persekolahan. 

Melly muncul di atas pentas tepat pada jam 9 malam diiringi 29 Pemuzik Orchestra bersama Pengarah Muzik yang juga suami kepada Melly Goeslaw, Anto Hoed. Memulakan Konsert dengan lagu 'Tak Tahan Lagi' memang menjadi pilihan lagu yang tepat kerana sebagai penonton, kami semua memang susah tidak tahan lagi untuk menunggu dan mahu berhibur bersama Melly. 


Pada kami yang menghadiri konsert ini di Zon 'Pendidikan Jasmani' (Free Standing) merupakan satu memori dan pengalaman yang tidak dapat kami lupakan. Kami membesar dengan lagu-lagu Melly. Melly pula menghiburkan kami semua dengan dendangan lebih 28 Lagu-lagu Hits beliau. Boleh dikatakan kami begitu teruja dan seronok sehingga tidak ada satu lagu yang kami tidak 'enjoy'. Selain daripada menyanyi lagu-lagu popularnya sendiri, Melly juga sempat meng'hibah'kan sebuah lagu secara spontan bersempena dengan apa yang sedang berlaku di Palestin. Lagu 'Malaysia dan Palestin' itu dihasilkan di atas pentas bersama dua orang peminat Melly. Melly juga kelihatan menitiskan airmatanya apabila mengenangkan apa yang sedang terjadi di Palestin ketika ini. 

Antara lagu-lagu yang dinyanyikan di Malam Graduasi ini ialah Gantung, Atas Nama Cinta, Denting, Hanya Memuji, Ayat-Ayat Cinta, Pencinta Wanita, Berdua Lebih Baik, Ku Bahagia, Biarlah Rahsia dan banyak lagi. Melly juga menjemput Penyanyi Joe Flizzow, untuk mendendangkan lagu 'JIKA' yang dibawakan dengan nafas baharu dan segar. Selain daripada itu, Puteri Ariani, bintang Indonesia yang semakin mendapat perhatian juga turut ke atas pentas untuk membawakan lagu 'Cinta' bersama Melly. Menurut Melly, selalunya beliau agak keberatan untuk membenarkan penyanyi lain untuk membawakan lagu-lagu hasil karyanya tetapi beliau mempercayai bakat yang ada pada Puteri Ariani dan kerana itu beliau 'membenarkan' Puteri Ariani mendendangkan lagu "Cinta Sejati" dan "Kamu dan Kenangan". 


Kami yang menghadiri konsert ini merasakan diri ini terbuai dengan memori ketika di zaman persekolahan, di Universiti dan juga zaman galau kini. Dan kami pasti setiap peminat yang datang semestinya tidak akan dapat 'move on' dengan cepat dari konsert Ada apa dengan Melly & Friends, Malam Graduasi ini. Kami disini setuju untuk mengatakan semua yang hadir malam itu, LULUS dengan CEMERLANG. TAHNIAH KEPADA SEMUA.

Iman Tang selaku Pengarah dan penerbit konsert menjanjikan sesuatu yang istimewa untuk peminat pada akhir Konsert tersebut iaitu Melly Goeslaw akan kembali dengan Konsert seterusnya tahun hadapan bertemakan 'Prom Night". Jadi kepada sesiapa yang tidak berpeluang jangan terlepas untuk membeli tiket ke Konsert Melly tahun hadapan yang dijangka akan diadakan pada 31 May 2025 di Axiata Arena Bukit Jalil. Bagi peminat yang sudah hadir dari Konsert Ada Apa dengan Melly (Back To School) dan Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi) juga jangan lepaskan peluang ya. Baru boleh dapat markah penuh. Jumpa Nanti. 


Gambar Oleh : Idean Abdul 

Catat Ulasan

0 Ulasan