KONSERT COKELAT BAWA MAKNA ISTIMEWA

 


Setelah membaca dan mendengar sendiri luahan dari pada member Band Cokelat semasa Sidang Media bersama Cokelat di Hard Rock Cafe tempoh hari, Kami tersentuh dengan ukhwah yang dibina selama bertahun-tahun oleh Band Rock Indonesia yang tidak asing lagi ini. Diterajui oleh Kikan (Vokalis) Edwin (Gitar), Ernest (Gitar), Ronny (Bass) dan Ervin (Dram), Band ini sudah berada di dalam industri muzik selama 28 Tahun. 

Walaupun terdapat episod hitam yang menyebabkan Kikan keluar dari Band Cokelat 12 tahun yang lalu, Band Cokelat tetap meneruskan perjuangan dalam berkarya. Namun, sudah semestinya perasaan dan jiwa itu tidak sama seperti apabila Kikan menjadi vokalis kumpulan ini. Dan setelah 12 tahun dengan pelbagai peracangan dan usaha, Kikan kembali bergabung semula dengan Band Cokelat.  tambah istimewa lagi, Kikan kembali membuat persembahan dengan Band Cokelat ketika Hari Kebangsaan Indonesia iaitu pada 17 Ogos 2022. 


Tidak boleh dinafikan Band Cokelat adalah antara pemuzik terbaik yang dimiliki industri hiburan Indonesia. Deretan album dan lagu popular mereka berjaya meletakkan band asal dari Bandung ini sentiasa segar dalam ingatan peminat. Siapa tidak tahu lagu Karma? Segitiga? Jauh? 

Melalui media sosial, mereka muat naik hantaran video kembalinya Kikan dan Ervin. Malah, berita itu menjadi khabar gembira buat seluruh peminat Cokelat yang merindukan formasi terbaik band ini. Terbaharu, Cokelat kembali ke Malaysia menerusi konsert yang bakal diadakan pada 7 September 2024 di Zepp Kuala Lumpur.
Kikan mewakili Cokelat berkata, "Seperti semua tahu, kali terakhir Cokelat membuat persembahan di Malaysia adalah pada 14 tahun yang lepas. Memang sudah cukup lama. Kami berharap persembahan ini dapat mengubat rindu peminat-peminat setia. Terima kasih kami ucapkan kepada semua peminat di Malaysia”.


“Kami juga sangat rindukan Malaysia yang sudah kami anggapkan seperti rumah kedua Cokelat” ujar vokalis itu lagi. Sementara itu, Pengarah Tanjak Global Services selaku penganjur konsert Rosden Rahmat berkata, persembahan itu adalah kejutan dan hadiah buat peminat Cokelat.

Tanjak Global Services juga ingin menawarkan kepelbagaian dan pilihan konsert hiburan yang berlainan buat rakyat Malaysia, bukan sekadar menjemput artis atau band yang sama pada setiap tahun. "Ahli kumpulan Cokelat secara peribadi juga sangat rapat dengan Malaysia dan teruja untuk bekerjasama lagi bersama kami di masa akan datang”


"Berita baik buat peminat Cokelat juga yang mana, kedua pihak sudah berbincang untuk berkolaborasi dalam beberapa perancangan dan program yang sudah disusun," katanya. Menurut Rosden Rahmat juga untuk setiap kategori tiket, Peminat akan berpeluang untuk bertemu secara dekat (meet and greet) dengan ahli Band Cokelat. Nanti boleh berswafoto bersama.

Antara lagu-lagu popular Cokelat adalah Karma, Segitiga, Luka Lama, Ku Pilih Dia, Pergi, Jauh dan banyak lagi. Tiket kategori Karma RM189 (Rockzone Standing), Segitiga RM159 (Premium Standing), Luka Lama RM139 (Free Standing), Jauh RM285 (Premium Seating), Pergi RM235 (Standart Seating) dan VIP RM380 (Per Pax) (8 Pax Per Room) boleh didapati menerusi https://tanjak_cokelat.ubertickets.asia

Jumpa disana ye.




Gambar oleh : Iedean Abdul & Tanjak Global
 

Catat Ulasan

0 Ulasan