Dengan misi untuk meningkatkan industri hiburan karaoke di Malaysia, peneraju industri hiburan karaoke, Red Box Karaoke Malaysia (Red Box), telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Concept Associates (KL) Sdn. Bhd, Pengedar Tunggal JBL Entertainment Malaysia.
Majlis yang diadakan hari ini di Red Box, The Gardens Mall telah dirasmikan oleh Rosmin Hashim, Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Pengerusi Public Performance Malaysia (PPM), merupakan detik penting bagi kedua-dua syarikat yang bertujuan untuk merancakkan lagi pengalaman karaoke dan mengembangkan pasaran mereka di seluruh Malaysia. Kerjasama ini menandakan komitmen bersama mereka dalam menawarkan aktiviti hiburan yang inovatif dan berkualiti kepada pelanggan mereka.
Kerjasama strategik ini merangkumi tiga sorotan penting. Bermula dengan integrasi teknologi, mikrofon, dan pembesar suara terkini yang dibekalkan oleh JBL Entertainment Malaysia melengkapi kesemua bilik karaoke Red Box. Integrasi menyeluruh ini menjanjikan pengalaman audio yang tiada tandingan untuk penggemar karaoke serta memastikan bunyi berkualiti tinggi semasa setiap sesi karaoke.
Demi mempertingkatkan kesedaran jenama Red Box dan menarik lebih ramai pelanggan, kerjasama ini juga akan melibatkan inisiatif pemasaran bersama. Dengan menggabungkan sumber dan kepakaran masing-masing, Red Box dan JBL Entertainment Malaysia akan membangunkan kempen pemasaran yang lebih berkesan dengan menyasarkan keluarga dan rakan-rakan mereka, bertujuan untuk menonjolkan pengalaman karaoke premium yang eksklusif. Usahasama ini diharap akan melonjak kedudukan mereka dalam pasaran hiburan karaoke.
Akhir sekali, memorandum ini bakal memfokuskan kepada peningkatan pengalaman pelanggan yang lebih menyeluruh. Dengan memperkenalkan ciri-ciri dan perkhidmatan baru, pelanggan boleh merasai pengalaman karaoke yang lebih baik dan lebih mendalam dengan alunan lagu pilihan mereka yang jelas, kuat, dan merdu melalui pembesar suara JBL baru, menonjolkan kemewahan dan mewujudkan persekitaran yang lebih selesa.
Dalam ucapannya, Rosmin berkata, “Melalui kerjasama ini, saya menaruh harapan tinggi terhadap Red Box dan JBL agar mereka berupaya menambah baik sektor hiburan karaoke dan industri muzik secara keseluruhan.”
“Setelah menambah baik sistem bunyi karaoke kami, antaramuka AI karaoke, dan barisan makanan dan minuman yang lebih menarik, kami berharap Red Box dapat menjadi tempat untuk pencipta karaoke mencipta kenangan sekaligus menjadi penanda aras dalam industri hiburan karaoke dan memberi inspirasi kepada pengusaha lain,” kata Karl Khoo, Ketua Pegawai Eksekutif Red Box.
Andrew Lee, Pengarah Eksekutif Concept Associates (KL) Sdn Bhd, pula mengulas mengenai pemeteraian persefaham, "Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Red Box Karaoke Malaysia, sebuah gabungan sempurna antara teknologi audio unggul JBL dan kepakaran Red Box dalam industri hiburan karaoke. Bersama-sama, kami akan menjadi peneraju dalam memberikan pengalaman karaoke terbaik kepada pelanggan kami," katanya.
Selain itu, Red Box juga mengumumkan rancangan mereka untuk melancarkan Pertandingan Karaoke Cover Star 3.0 dalam masa terdekat. Pertandingan nyanyian karaoke ini akan dapat menonjolkan bakat penggemar-penggemar karaoke yang bercita-cita untuk menjadi penyanyi dengan setiap persembahan bakal dinilai oleh barisan hakim yang terdiri daripada personaliti terkemuka dalam industri hiburan tempatan.
Pemenang pertandingan tersebut juga akan diberi peluang untuk menceburi arena hiburan tempatan. Pertandingan ini selaras dengan inisiatif Red Box untuk menyokong industri muzik tempatan, memupuk dan melabur dalam bakat tempatan, serta menggalakkan kerjasama dengan syarikat hiburan Malaysia.
Sekiranya anda ingin menikmati suasana Red Box yang baharu dilengkapi dengan integrasi teknologi sistem bunyi JBL, kadar sesi karaoke bermula daripada RM18++ seorang untuk tiga jam. Sempena pengumuman kerjasama hari ini, Red Box juga menawarkan promosi istimewa dari 1 Jun hingga 1 Julai 2024 dengan setiap sesii tiga jam karaoke, anda boleh menikmati minuman tanpa had dengan hanya RM9.90 sahaja antara jam 11 pagi hingga 6 petang. Promosi tersebut boleh dinikmati di Red Box The Curve, Red Box AEON Bukit Tinggi, Red Box NU Empire Shopping Gallery, Red Box 1st Avenue Pulau Pinang, dan Red Box Gurney Plaza Pulau Pinang.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.redbox.com.my/.
0 Ulasan