RUMAH BEKAS MILIK DATUK SHARIFAH AINI DIROBOHKAN?


Siapa pun  tidak menyangka rumah bekas milik Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini yang terletak di Jalan Utara, Petaling Jaya itu dirobohkan. 

Ketika tinjauan wajib tonton sekitar jam 6.00 petang tadi, mendapati rumah agam bekas milik Biduanita Negara itu dalam proses untuk dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek baharu yang akan dibangunkan. 

Dalam hantaran video yang dikongsikan menerusi platform TikTok Wajib Tonton, video yang berdurasi 23 saat itu sudah ditonton hampir 1 juta pengikut media sosial dan menerima pelbagai komen dari penonton.

Terdahulu, media melaporkan rumah milik seorang biduanita popular tahun 1970-an itu mula dijual dengan harga RM8 juta ringgit. Menurut rekod, pelantun suara Yayadan, Hiburkanlah Hatiku, Kau Tinggi di Awan Biru dan banyak lagi itu antara penyanyi wanita tersohor yang mencipta legasinya dari tahun 1970-an hingga 2014 menerusi rakaman lebih 2,000 lagu pelbagai rentak dengan penerbitan album lebih 140 buah album di setiap lima dekad. 

Di Malaysia, beliau juga merupakan antara satu-satunya artis yang paling lama bertahan dengan satu syarikat rakaman iaitu EMI Malaysia sehingga syarikat tersebut menutupkan operasinya untuk bergabung bersama syarikat gergasi dunia. Sebagai satu penghargaan, nama beliau telah diabadikan dalam The Malaysia Book of Records bagi membalas jasa dan budi beliau kepada legenda negara yang telah membawanya hingga ke peringkat antarabangsa.


Allahyarham pernah memenangi tempat pertama dalam pertandingan Bintang Radio Television Singapura 1968 atau Talent Time 68' dengan mendendangkan lagu berjudul Tiga Malam dan merupakan antara artis pertama Malaysia bergelar 'Superstar' sewaktu zaman kemuncak kegemilangannya dan pernah membintangi 5 buah filem antaranya, Hapuslah Air Matamu (1976), Sumber Ilhamku (1979), Bintang Pujaan (1981), Diva Popular (2006) dan Penanggal (2013).

Semoga rohnya dicucuri rahmat. 

Catat Ulasan

0 Ulasan