ABANG ADIK VERSI 'PANAS' DI NETFLIX

Selepas menemui penonton di pawagam sekitar tahun lalu, platform penstriman atas talian menerusi Netflix, kini menayangkan filem Abang Adik dalam versi 'panas'. Filem yang dikategorikan mengandungi  beberapa babak seks sehingga menampakkan sebahagian punggung pelakon utamanya, Jack Tan meraih perhatian penonton malahan ada yang menganggap ia 'keterlaluan' walaupun filem ni diklasifikasikan sebagai tontonan dewasa. 

Mengakui perkara itu sebagai versi director's cut, pelakon lelaki yang sedang meningkat naik, Jack Tan berkata dia tidak mempunyai kuasa untuk menentukan manakah babak yang boleh ditayangkan atau tidak kerana versi yang ditonton menerusi Netflix itu adalah untuk pasaran antarabangsa.

"Saya dimaklumkan perkara ini melalui komen yang ditulis netizen. Mereka terkejut menonton adegan tersebut yang sedikit berbeza dengan versi yang telah ditayangkan di pawagam. Pihak Netflix sudah menyatakan filem berkenaan mengandungi babak seks dan bogel.

"Sebagai seorang pelakon, saya tidak ada hak untuk menentukan babak mana perlu dimasukkan atau tidak kerana ia adalah di luar bidang kuasa saya lagipun filem ini bukan karya lucah," katanya.

Jack Tan yang pernah memenangi Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Forum Filem Generasi Muda Cina ke-12 dan Bakat Baharu Asia Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Shanghai ke-20 in menerusi filem Shuttle Life ini  sebenarnya sudah membintangi hampir 10 buah filem antaranya Shuttle Life (2017), A Land Imagined (2018), Fly By Night (2018), Rise: In Kalilah (2018), The Paradise (2019), Miss Andy (2020), Air Force: The Movie (2022), Abang Adik (2023) , See You At The Rally (2023) dan Gold (2024)

Filem Abang Adik yang ditayangkan sejak 14 Jun di Netflix itu turut membariskan pelakon seperti Wu Kang Ren, Jack Tan, Bront Palarae, Tan Kim Wang, Serene Lim dan April Chan ini berkisarkan kehidupan dua lelaki tanpa dokumen mengharungi kehidupan di Kota Metropolitan Kuala Lumpur dengan penuh kemiskinan ini dirakamkan di sebuah kawasan yang terkenal dengan Pasar Basah di Pudu, Kuala Lumpur.

Catat Ulasan

0 Ulasan