'ADA' APA DENGAN AFGAN & LYODRA?

Pasangan ‘Ada’ yang popular dari negara seberang, Afgan dan Lyodra, bakal menghiburkan ribuan peminat kesayangan mereka di Malaysia dalam sebuah konsert yang epik berjudul ‘ADA AFGAN & LYODRA: LIVE IN KUALA LUMPUR’ .

Dianjurkan Kharisma Music bersama Alha Alfa, Intan Gelombang dan Futurace, konsert yang bakal berlangsung 28 September depan itu sudah mula dijual tiketnya dan memilih Megastar Arena, Kuala Lumpur sebagai destinasi utama.

Sebagai penganjur utama, syarikat kosmetik terkenal, Alha Alfa dalam satu kenyataan berkata, sebagai pelopor kepada program hiburan premium tanah air, penganjuran konsert yang menampilkan ikon muzik dari negara seberang itu dijayakan bersama syarikat penganjur Kharisma Music dibantu Intan Gelombang dan Futurace bagi membawa persembahan bertaraf antarabangsa ke Malaysia, sekaligus menterjemah definisi muzik ke tahap global.

Bagi menjawab persoalan tentang konsert ini, satu sidang media khas akan diadakan dalam masa terdekat. Tiket berharga serendah RM 258 hingga VVIP RM1,488 telah mula dijual sejak 10 Julai lalu menerusi laman ticket2u dan tiket keseluruhan adalah tempat duduk.

Istimewanya buat pembeli kategori tiket Ada VVIP, anda berpeluang ke sesi ‘meet & greet’, bakal menerima barangan rasmi konsert seperti lanyard, dan juga sajian makanan serta minuman ringan.

Hayati muzik bersama ADA menampilkan Afgan dan Lyodra, 28 September 2024. Dapatkan tiket anda sekarang!.

Catat Ulasan

0 Ulasan