BANG YEDAM DATANG MALAYSIA


Selepas kejayaan konsert bintang KPOP Ailee yang mendapat pujian dan perhatian peminat-peminat Muzik di Malaysia khususnya peminat KPOP, LOLAsia sekali lagi bakal mengegarkan Malaysia dengan membawa bintang baru KPOP yang sangat berbakat Bang YeDam. Bang YeDam, bintang Korea yang berusia 22 tahun ini akan datang ke Malaysia Ogos ini untuk sebuah pertemuan khas bersama peminat di Zepp Kuala Lumpur. 

Bang YeDam memulakan karier nyanyiannya seawal usia 18 tahun bersama kumpulan Treasure dibawah pengurusan YG Entertainment menerusi rancangan realiti popular SBS KPop Star musim kedua. Namun setelah dua tahun bersama YG Entertaiment, Bang Yedam memilih untuk meneruskan kariernya sebagai penyanyi solo di syarikat pengurusan yang lain iaitu GF Entertaiment sebagai penyanyi dan juga penerbit muzik. 




Peminat kumpulan Treasure berkemungkinan masih belum 'move on' dengan konsert Treasure pada 22 Jun yang lalu, Inilah peluang bagi peminat Treasure untuk menyaksikan satu lagi bekas ahli kumpulan tersebut untuk beraksi di Zepp Kuala Lumpur 24 Ogos nanti. Namun begitu kami pasti, Nama Bang YeDam sudah setanding penyanyi hebat dan mempunyai peminat-peminatnya yang tersendiri. 

Antara lagu-lagu hits Bang YeDam ialah Only One, Miss You, INFJ, dan My All (runut bunyi dari drama 'Branding In Seongsu'. Tidak ketinggalan kolaborasi Bang YeDam bersama si cantik bersuara lunak dari kumpulan Aespa menerusi lagu duet "Officially Cool". 


'Be Your D 2024 fan meeting' bakal diadakan pada 24 Ogos 2024 pada jam 7 malam di Zepp Kuala Lumpur nanti. Pelbagai tawaran (fan benefits) menarik menanti pembeli dan peminat Bang YeDam atau lebih dikenali sebagai Yelody. Antaranya, acara hi touch, sound check dan group photo. Semestinya yang terbaik dari penganjur LOLasia. 

Apa agaknya lagu-lagu hits yang bakal dibawakan oleh Bang YeDam nanti. Jangan lupa dapatkan tiket anda di laman rasmi ini. Jumpa anda disana, 





Catat Ulasan

0 Ulasan