DILANCARKAN DI TRX, MIFFEST MERENTASI ZAMAN

Bagi meraikan kepelbagaian sinema dengan koleksi filem terbaik merentasi zaman, Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest) yang memasuki edisi ke-7 bakal melabuhkan tirainya. Dilancarkan dalam satu acara gilang-gemilang yang berlangsung di The Exchange TRX, Kuala Lumpur malam tadi, MIFFest yang bakal menghimpunkan 50 filem dari 30 negara, dipersembahkan dalam lebih daripada 35 bahasa.

Pemilihan ini mencerminkan dedikasi MIFFest untuk melangkaui batas dan menonjolkan cerita-cerita unik tanpa sempadan bagi memberi definisi bahawa karya filem adalah bebas serta mampu menyentuh naluri penonton melalui lakonan, naratif penceritaan dan sinematografi yang memukau.

Bagi penggemar filem, inilah masa anda untuk menyaksikan puluhan filem terbaik yang dipertontonkan selama 8 hari di beberapa pawagam terpilih yang mengambil bahagian antaranya GSC MyTown, Kuala Lumpur dan GSC Lalaport, Bukit Bintang.


Edisi MIFFest yang Lebih Berkomitmen


Bagi Pengasas dan Presiden MIFFest, Joanne Goh berkata, misi festival ini adalah untuk mencipta pengalaman sinematik yang tidak dapat dilupakan. MIFFest bukan sahaja mengenai filem, ia meraikan seni penceritaan dan suara yang membawa pelbagai cerita tentang kehidupan.



"Filem menterjemahkan budaya sesuatu bangsa tanpa mengira jalur kehidupan di mana ia memberikan struktur penceritaan yang berbeza mengikut jenis karya filem yang dihasilkan. MIFFest adalah perayaan untuk membina semangat bagi pengkarya filem bukan sahaja sebagai satu identiti tetapi adalah tentang karya kita untuk dikongsi bersama," katanya.


Dato' Azmir Saifuddin Mutalib, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), juga hadir, menyatakan sokongannya serta kerjasama baik bagi mengangkat filem dalam konteks sebuah sinema. Menurut Azmir, sebagai institusi yang membantu industri filem secara keseluruhannya, FINAS proaktif dalam membawa karya sinema kita untuk dihargai masyarakat berbilang bangsa, bukan di negara sendiri malahan ia mencakupi pelbagai bangsa. Melalui MIFFest, kita percaya semangat warga filem adalah luar biasa.


Namun menurut pelakon, pengarah, penerbit yang juga sebagai duta MIFFest, Bront Palarae menyampaikan ucapan penuh perasaan bagi meraikan semangat festival dan komitmennya terhadap suara-suara sinematik yang pelbagai. Kehadirannya memberikan kesan kepada penonton sekaligus menjadikan acara tersebut lebih bermakna.


"Sebagai pengkarya filem, kita telah banyak berkorban masa, tenaga dan idea bagi menggambarkan cerita tentang sesuatu masyarakat atau kelompok kehidupan yang pelbagai, melalui MIFFest, kita percaya semangat itu perlu diteruskan bukan sahaja untuk mencipta populariti tetapi ia lebih kepada memberi pengiktirafan kepada pengkarya filem. Inilah masa untuk kita raikannya," katanya.




“Indera” Mencuri Perhatian dengan Persembahan Memukau oleh Shaheizy Sam dan Azira Shafinaz


Menariknya malam tadi juga menyaksikan tayangan perdana sebuah filem yang dinanti-nantikan, “Indera,” arahan Woo Ming Jin. Disokong oleh FINAS dan dipersembahkan oleh Lomo Pictures dan Greenlight Pictures, “Indera” memukau penonton dengan gabungan elemen seram psikologi dan kedalaman emosi. Penceritaan atmosferik Woo Ming Jin, digabungkan dengan persembahan yang menarik oleh Shaheizy Sam, Azira Shafinaz, dan Samara Kenzo, mencipta pengalaman sinematik yang tidak dapat dilupakan. Sinematografi yang memukau diterjemahkan melalui naratif yang rumit memberikan penerokaan mendalam terhadap tema-tema organik. Filem yang turut ditayangkan secara terbuka pada 22 Julai 2024 jam 5.00 petang di GSC MyTown, Kuala Lumpur itu juga akan menampilkan barisan pelakon, pengarah dan team produksi bagi berkongsi pengalaman sinematik dalam penghasilan sebuah naskhah hebat yang skripnya ditulis oleh Muzammer Rahman.


Perayaan Sinema


Bertemakan “Uncaged,” dengan barisan filem yang bertanding, MIFFest memberikan pengalaman unik melalui kepelbagaian jalan cerita yang diterjemahkan. Membariskan beberapa karyawan filem terpilih dengan puluhan karya merentasi zaman, MIFFest juga bekerjasama dengan foodpanda dengan mempersembahkan filem pendek “Good Things Take Time,” di mana Bront Palarae sebagai pelakon utamanya. Filem ini dihasilkan bagi memberi penghargaan kepada perjalanan pembuatan filem yang sukar tetapi memuaskan. Kerjasama ini mengukuhkan misi festival untuk meraikan seni dan kraf sinema.



Hari-Hari yang Mendebarkan Menanti


Majlis pembukaan festival yang berlangsung malam tadi dengan kehadiran pelbagai karyawan terkemuka menyaksikan MIFFest sebagai festival filem yang memberikan inspirasi dalam pembinaan karya sejagat. Sepanjang minggu ini, para hadirin akan berpeluang menyertai pelbagai tayangan, perbincangan serta diskusi dari karyawan filem terpilih serta acara-acara menarik.


Bermula esok, peminat filem boleh menikmati pelbagai tawaran filem di GSC MyTown dan GSC LaLaport BBCC. Jangan ketinggalan untuk merasai pengalaman sinematik yang luar biasa ini! Untuk barisan filem lengkap, jadual program, dan butiran tiket, lawati laman web rasmi MIFFest di https://www.miffest.com.my/



Anugerah Golden Global Malaysia Menetapkan Panggung untuk Pertandingan yang Mendebarkan


Bagi menentukan manakah karya filem yang terbaik bagi mewakili MIFFest tahun ini, Anugerah Kompetitif MIFFest iaitu Anugerah Golden Global Malaysia diadakan. Bakal berlangsung pada 27 Julai dengan tujuh pencalonan filem dari pelbagai buah negara bakal dipertandingkan.


Memilih Auditorium Seri Angkasa yang terletak di RTM Angkasapuri, Anugerah Golden Global Malaysia ini boleh ditonton secara langsung bermula jam 8:30 malam menerusi saluran rasmi RTM. Penonton juga berpeluang menonton di Facebook Rasmi MIFFest, TikTok Live atau RTM Klik. Saksikan filem mana yang akan berjaya dan membawa pulang anugerah yang berprestij. Jangan ketinggalan untuk meraikan pencapaian tertinggi sinematik dan menyokong filem kegemaran anda.



Christine Hakim 'The Drive of The Journey'  
yang bakal diadakan pada 26 Julai 2024 ini merupakan salah satu acara menarik sempena MIFFest. 


Untuk tiket, dan maklumat lanjut, lawati laman web MIFFest di www.miffest.com.my. Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti media sosial mereka di Facebook, Instagram or TikTok.

Catat Ulasan

0 Ulasan