MGGA MIFFEST: ABANG ADIK RANGKUL DUA ANUGERAH UTAMA

Filem Abang Adik berjaya merangkul dua anugerah utama di Malaysia Golden Global Awards (MGGA) 2024 yang berlangsung di Auditorium Angkasapuri di sini malam tadi.

Diarahkan Jin Ong, filem yang mengisahkan pahit manis hubungan erat dua anak yatim yang tiada pertalian darah, berjaya meraih Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik serta Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, masing-masing menerusi lakonan mantap Wu Kang Ren pelakon dari Taiwan dan Jack Tan dari Malaysia.

Filem sulung arahan penerbit dan pengarah rakyat Malaysia itu berkisar tentang kehidupan Abang (Wu) yang pekak dan bisu serta Adik (Jack Tan). Abang dan Adik membesar tanpa kluarga di bawah jagaan seorang jiran bernama Kakak Money (Tan Kim Wang) yang melayan mereka seperti anak kandung bagi memastikan kelansungan hidup kedua-dua anak yatim ini. 

MGGA 2024, yang diadakan sempena Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest) edisi ketujuh, turut dihadiri Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Nu-rul Afida Kamaludin dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Dato' Azmir Saifuddin Mutalib.

Pelakon Wanita Terbaik pula digondol oleh pelakon Jerman, Aenne Schwarz menerusi filem Every You, Every Me manakala Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dimenangi pelakon China iaitu You Junfen menerusi filem The Great Phuket.

Kategori Filem Terbaik diungguli Every You, Every Me arahan Michael Fetter Nathansky manakala Pengarah Terbaik diraih oleh dua pengarah Iran iaitu Alireza Ghasemi dan Raha Amirfazli melalui filem In The Land Of Brothers

Turut disampaikan ialah Anuegarh Pencapaian Sepanjang Hayat MIFFest kepada pembikin filem Jepun iaitu Hirokazu Kore-eda dan aktres serta penerbit dan bintang filem dari Indonesia, Christine Hakim.

Pelakon, penyanyi dan pengarah terkenal Hong Kong, Nick Cheung pula menerima Anugerah Kecemerlangan Dalam Filem. 

Berita dipetik sepenuhnya dari Bernama

Catat Ulasan

0 Ulasan