MIFFEST RAIKAN KEPELBAGAIAN SINEMA

Bagi meraikan kepelbagaian sinema dengan koleksi filem terbaik sepanjang zaman, Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest) yang memasuki edisi ke-7 bakal melabuhkan tirainya bermula pada 21 Julai hingga 28 Julai 2024.

Memilih The Exchange TRX, Kuala Lumpur, Malaysia sebagai destinasi utama, MIFFest bakal menayangkan 8 buah karya filem secara terbuka di Garden Canopy, The Exchange TRX. Stone Turtle, 15 Malaysia, Woman on Fire Looks for Water, Kickflip, Second Thoughts, Kelab Rojak, Yasmin Ahmad: Commercial Classics Showcase dan Shadowplay.

Sementara itu, di Pawagam GSC MyTown, Kuala Lumpur juga akan menayangkan beberapa buah filem bermula tarikh yang sama antaranya seperti Neon ( A Mulher Que Chora), Sepet & Gubra by Yasmin Ahmad, Peg O' My Heart & Love Lies (Tayangan Penutup) dan Indera yang menjadi filem pembukaan bagi MIFFest kali ini. Untuk MIFFest kali ini, sebanyak 9 filem dipertandingkan antaranya:-

World Premiere
Within a Budding Grove by Hoby Zhang

Southeast Asian Premiere
The Great Phuket by Liu Yaonan
Sujo by Astrid Rondero & Fernanda Valadez
Rapture by Dominic Sangma

Asian Premiere
The Editorial Office by Roman Bondarchuk
Betania by Marcelo Botta

Malaysian Premiere
In The Land Of Brothers by Alireza Ghasemi & Raha Amirfazli
Every You Every Me by Michael Fetter Nathansky
Abang Adik by Jin Ong 

Bagi filem dalam kategori A-Lister pula antaranya, Perfect Days, Still Walking, Evil Does Not Exist, Anatomy Of A Fall, Snow Leopard, Thelma dan Elegies

Manakala bagi mengimbas memori dan kenangan pengarah filem profilik, Yasmin Ahmad, empat buah karya bertemakan kekeluargaan , perjuangan dan kasih sayang seperti Muallaf, Gubra dan Sepet arahan Yasmin akan ditayangkan. Yasmin-San, sebuah dokumentari berdurasi 70 minit arahan Edmund Yeo yang memaparkan perjalanan kisah seorang pengarah filem tersohor Yasmin Ahmad menerusi produksi Isao Yukisada "Pigeon' yang mempunyai pengaruh kepada pembikinan filem Yasmin Ahmad juga akan ditayangkan secara eksklusif menerusi slot Master at Work: Yasmin Ahmad. 

Everything Everywhere arahan Lim Kah Wai, Budak Flat sentuhan Eugene Lim, Syafiq Yusof, Woo Ming Jin dann Faisal Ishak serta Hunry Ghost Dinner arahan Cho We Jun pula bakal menghiasi kategori Malaysian Dispatch, namun tidak dilupakan juga dua buah filem yang memaparkan perjalanan kisah karyawan filem Indonesia Christine Hakim akan dipertontonkan, antaranya Leaf On A Pillow arahan Garin Nugroho dan Serambi yang menampilkan 5 pengarah terkenal Indonesia antaranya Garin Nugroho, Tonny Trimarsanto, Viva Westi dan Lianto Lusena. 

Festival yang bakal berlangsung 21 hingga 28 Julai ini juga menyenaraikan 8 buah karya filem menerusi Slot Neon, iaitu The Lyricist Wannabe, Dreaming & Dying, Manjummel Boys, All The Long Nights, Salli, Blesser, The Women Who Cries dan Drifting Flowers, Flowing Days

Manakala 4 buah filem lain seperti Tenement, I Saw The TV Glow, Hood Witch dan Forest Killer akan menghiasi slot Afterdark, manakala filem bertajuk Still Walking, Our Little Sister dan Broker berada dalam slot Wavemaker: Hirokazu Kore-eda. 

Festival yang julung kali diadakan ini akan dilancarkan pada 21 Julai 2024 bermula jam 6.00 petang di The Exchange TRX (Raintree Plaza). 

Catat Ulasan

0 Ulasan