MUSIM BAHARU LAGENDA PUTERI QASEH DI ASTRO CERIA

 

Astro Ceria teruja untuk mengumumkan pengembalian siri fantasinya yang dinanti-nantikan, ‘Legenda Puteri Qaseh’ Musim ke- 2 yang akan ditayangkan pada 22 Julai 2024, jam 9 malam di Astro Ceria dan Astro Prima. Penerbitan musim pertamanya telah memenangi beberapa anugerah, termasuk:

ContentAsia Awards 2023 - Anugerah Gangsa untuk program TV Kanak-kanak
Terbaik Buatan Asia

Asian Academy Creative Awards 2023 - Pemenang Nasional Program Kanak-
Kanak Terbaik


Musim Baharu Puteri Lagenda Qaseh ini akan mula bersiaran pada 22 Julai 2024 setiap Isnin jam 9 malam di Astro Ceria (saluran 611), Astro Prima (Saluran 105). Siri ini juga boleh ditonton di platform digital seperti di On Demand, Astro Go dan juga di aplikasi Sooka. 

Di arahkan oleh pengarah yang tidak asing lagi Shamyl Othman di bawah penerbitan Red Communacations sdn bhd. Genre berbentuk Klasik Fiksyen ini mempunyai 8 Episod kesemua sekali. Legenda Puteri Qaseh’ musim kedua membawa kisah dunia khayalan ajaib yang padat dengan elemen komedi dan plot twist dalam setiap episod. Musim terbaharu ini turut memperkenalkan barisan watak baharu oleh pelakon berbakat termasuk Hun Haqeem, Dini Schatzmann dan Ozlynn Waty.

Pelakon Utama:
1. Qasrina Karim sebagai Puteri Qaseh
2. Hun Haqeem sebagai Wan
3. Dini Schatzmann sebagai Putera Amal
4. Ozlynn Waty sebagai Permaisuri Baiduri
5. Bella Dowanna sebagai Laila
6. Daniel Fong sebagai Andika


Sinopsis Drama: Qaseh, pewaris takhta kerajaan Kayajaya, menghadapi cabaran baharu. Penyakit luar biasa yang dipanggil "Wabak Achum" menimpa seluruh kerajaannya, memaksa Qaseh untuk mendapatkan bantuan daripada kerajaan Nusaria. Sementara itu, Andika yang telah hilang muncul semula dan berkomplot dengan Raja Sulong untuk merampas takhta Qaseh. Ditemani rakan setianya, Laila dan Wan, seorang pengawal peribadi, Qaseh mengharungi perjalanan penuh cabaran ke Nusaria. Di sepanjang jalan ke Nusaria, mereka berjaya menghalang orang-orang Andika daripada menculik Qaseh. 

Di Nusaria, mereka bertemu Permaisuri Baiduri dan anaknya, Putera Amal, seorang pakar kimia. Putera Amal mula mengusahakan penawar untuk Wabak Achum, tetapi ia menjadi rumit apabila Permaisuri Baiduri ingin mencari jodoh buatnya. Kisah ini terungkap dengan lebih banyak pengembaraan, cabaran dan hubungan yang rumit.


Memberikan lakonan terbaik dalam menghidupkan watak, musim terbaharu ini turut menampilkan barisan pelakon berpengalaman serta yang meningkat naik termasuk Datin Lisa Surihani, Norman Hakim, Aziz M Osman, Chelsia Ng, Bella Dowanna dan ramai lagi.

Saksikan siri yang telah memenangi anugerah, ‘Legenda Puteri Qaseh’ musim kedua di Astro Ceria dan Astro Prima (Episod pertama dan terakhir sahaja) bermula 22 Julai 2024, jam 9 malam atau strim menerusi On Demand, Astro GO dan sooka. Dapatkan Pek Astro dari hanya RM41.99/sebulan dengan diskaun 30% dan pemasangan percuma. Raikan saat- saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.

Catat Ulasan

0 Ulasan