THE EXPERTS TEMBUSI PAWAGAM CAMBODIA

Filem lokal heist nombor satu Malaysia, The Experts terus melangkah jauh dengan menembusi pasaran di negara Cambodia bermula hari ini! Filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures ini akan ditayangkan di lapan belas daripada 25 pawagam dalam versi bahasa Cambodia di mana tayangannya dapat menarik perhatian penonton sekaligus membawa sinema Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Bukan itu sahaja, filem yang menghimpunkan barisan pelakon hebat tanah air seperti Dato Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Remy Ishak, Mimi Lana, Maya Karin, Tony Eusof, Ray Dapdap ini turut ditayangkan di platform  Astro First bermula Ogos depan. Semua penonton Malaysia boleh menikmati filem aksi penuh debaran ini menerusi Astro saluran 480 atau On Demand dan Astro GO dan juga peranti pilihan anda melalui, sooka.

Seiring dengan tema filem ini yang mengetengahkan kekeluargaan, maka The Experts amat sesuai ditonton beramai-ramai di mana jua sekalipun mengikut keselesaan penonton. Menariknya, penonton yang ingin menyaksikan filem ini bolehlah membuat pembelian dengan satu harga iaitu RM16.20 di platform Astro, manakala RM 19.50 di platform penstriman sooka berulang kali dalam tempoh 48 jam. 

Raja Jastina Raja Arshad yang merupakan Penerbit Eksekutif ‘The Experts yang juga Ketua Astro Shaw dalam satu kenyataan berkata, mereka amat teruja dengan berita ini, malahan menganggap ia nmerupakan peluang yang baik untuk membawa sinema tempatan menembusi pasaran global.

"Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menonton The Experts di pawagam sebelum ini. Sokongan penonton mengukuhkan lagi usaha kami untuk terus mengangkat filem-filem tempatan terbang lebih jauh. Kami telah bekerjasama dengan pengedar konten terbesar Cambodia iaitu Westec Media Limited (WML) untuk mempersembahkan The Experts di negara tersebut, serta telah melakukan alih suara bagi menarik penonton di sana. Dalam pada itu, memandangkan ‘vibe’ The Experts masih dirasai, jadi kami rasa teruja untuk terus bawakan ke platform Astro First pada bulan hadapan dan ia dapat dinikmati oleh penonton dengan pengalaman berbeza mengikut keselesaan anda dengan hanya satu harga sahaja serta dapat dinikmati berkali-kali dalam tempoh 48 jam," katanya.

‘The Experts’ menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak, kembali berkumpul kerana satu ugutan. Mereka mendapat arahan daripada gangster paling merbahaya untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar berisiko tinggi. Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lampau. Bagaimana mereka harus berdepan musuh dan melindungi keluarga? Adakah misi rompakan ini akan menjadi kali terakhir untuk lima adik beradik ini bersama?

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem The Experts di Astro First menerusi platform Astro dan di sooka. Untuk maklumat lanjut dan cara-cara pembelian Astro First di Astro, layari www.support.astro.com.my. Manakala, muat turun sooka di Apple Store dan Google Play Store (untuk aplikasi mobil) dan Samsung,  LG, Xiaomi, & Google/Android TV (versi 8 dan keatas) untuk TV Pintar. Untuk maklumat lanjut mengenai sooka, layari sooka.

Catat Ulasan

0 Ulasan