HI-TEA BERSAMA BINTANG UTAMA FILEM DUA SURGA DALAM CINTAKU DI MALAYSIA MERIAH!

Sempena dengan tayangan rasmi filem Dua Surga Dalam Cintaku, AD Interact International Sdn Bhd telah menganjurkan acara makan petang Hi-Tea bersama para pelakon filem tersebut yang berlangsung di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur pada 19 Ogos lepas. Acara ini merupakan salah satu daripada rangka promosi bagi filem yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 29 Ogos 2024.

Acara yang dihadiri oleh pelakon utama filem ini, termasuk Aliff Ali dan Keira Shabira yang diterbangkan dari Jakarta telah berlangsung dalam suasana yang santai dan eksklusif. Para tetamu dan media berpeluang untuk beramah mesra dengan barisan pelakon, sambil menikmati hidangan yang disajikan oleh pihak hotel.

Selain itu, co-partner AD Interact International Sdn Bhd, Dato' Rozanna, turut hadir menyampaikan ucapan alu-aluan, di mana beliau berkongsi tentang proses pembikinan filem ini serta harapan syarikat untuk membawa lebih banyak karya berkualiti tinggi ke layar perak Malaysia. 

Dua Surga Dalam Cintaku merupakan sebuah filem yang menggabungkan elemen cinta romantis dan religi, diadaptasikan daripada novel terlaris di Indonesia dengan judul yang sama. Filem ini diarahkan oleh Kiki Nuriswan dan menampilkan lokasi penggambaran ikonik seperti Mekah, Madinah dan Taif di Arab Saudi, serta Bogor dan kampus Universiti Islam Negeri (UIN) di Jakarta. 

Filem ini juga menampilkan tema  poligami yang diolah dengan penuh sensitiviti dan keinsafan membawa penonton menelusuri perspektif yang mendalam mengenai amalan ini dalam islam. 

Dalam ucapannya, Dato' Rozanna menegaskan bahawa filem ini bukan sahaja untuk hiburan, tetapi juga sebagai medium untuk membuka perbincangan mengenai isu-isu yang jarang dibicarakan secara terbuka dalam masyarakat. 

Acara Hi-Tea ini turut dimeriahkan dengan kehadiran para media dan bloggers tempatan yang tidak sabar untuk melihat filem ini di layar perak. Beberapa aktiviti sampingan seperti sesi fotografi dan temubual eksklusif bersama pelakon utama juga telah diadakan. 

AD Interact International Sdn Bhd berharap acara seperti ini akan mengeratkan hubungan antara pelakon, media dan peminat, sekaligus memperkukuh sokongan terhadap filem Dua Surga Dalam Cintaku. Mereka juga berharap agar filem ini mendapat sambutan hangat di pawagam Malaysia dan Brunei. 

Acara ini turut mendapat sokongan sokongan daripada Yayasan Ihsan Rakyat sebagai rakan kongsi, serta tajaan daripada pelbagai penaja iaitu Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur, Hayyan Huda Opah's Kitchen, Kiraku Japanese Restaurant, Moka Pot Cafe', Mama's Ride, Mohd Chan Restaurant dan HS Event & Entertainment. 

Catat Ulasan

0 Ulasan