KAKAK SUDIRMAN ARSHAD MENINGGAL DUNIA

Kakak penghibur legenda, Sudirman, iaitu Rudiah @Rodziah Arshad, 81, meninggal dunia jam 12.08 tengah hari tadi.

Berita dukacita itu dimaklumkan oleh anak Allahyarham, Razman Azrai Zainudin atau mesra dengan panggilan Atai hari ini. Dalam kenyataannya, Atai meluahkan penghargaan buat keluarga dan sahabat handai yang melawat dan bertanya khabar ibunya sebelum ini.

“Atai ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah melawat mak, berdoa atau yang senantiasa mengingati mak dan yang menjadi sebahagian hidup mak Atai.

“Semoga rohnya berada dalam kalangan orang-orang yang beriman,” katanya.

Allahyarham adalah anak kedua dari sembilan beradik, termasuk adik beradik tiri.

Rodziah antara individu paling rapat dengan Sudirman, menjaga Allahyarham semasa kecil malah turut mengambil tugas menjaga penyanyi Tanggal 31 Ogos itu selepas jatuh sakit.

Pada Julai lalu, Atai mengesahkan ibunya menghidap penyakit serius namun enggan berkongsi maklumat penyakit atas sebab privasi.

Sumber berita dipetik sepenuhnya dari Malaysiakini
Gambar Muka Hadapan: Mohd Azhar Md Isa

Catat Ulasan

0 Ulasan