RAIKAN SINEMA KOREA DI MALAYSIA TIGA HARI

Sempena Tahun Melawat Korea 2023-2024, satu festival filem yang di namakan Festival Filem Korea 2024 bakal berlangsung di dua buah lokasi tumpuan utama dalam negara. 

Memilih GSC Gurney Plaza, Pulau Pinang dan GSC Mid Valley, Kuala Lumpur sebagai lokasi penting bagi menayangkan tiga buah filem selama tiga hari bermula 23 hingga 25 Ogos 2024, 'Our Season, Picnic dan Canola' bakal membuka tirai tayangannya di dua buah rangkaian pawagam terpilih GSC yang mengambil bahagian.

Festival yang dianjurkan Kedutaan Besar Republik Korea di Malaysia itu mengalukan kehadiran penonton di pawagam bagi menyaksikan tiga buah filem terpilih arahan Yook-Sang-hyo (Our Season), King Yong-gyun (Picnic) dan Kim Jung-go (Canola).

Bagi meraikan kepelbagaian budaya menerusi pembikinan sesebuah sinema dalam masyarakat tempatan, majlis pelancaran dan pembukaan terbesar, Festival Filem Korea 2024 bakal berlangsung 23 Ogos 2024 di GSC Gurney Plaza, Pulau Pinang bermula jam 4.00 petang. 

Selain tayangan filem, Pertubuhan Pelancongan Korea (KTO) akan memperkenalkan pelbagai destinasi pelancongan terkenal di Korea, seperti Busan dan Pulau Jeju dan juga akan menawarkan program pengalaman budaya yang menampilkan Pakaian tradisionalHanbok, permainan tradisional, serta produk K-Beauty

Dengan kerjasama AirAsia, penonton yang melawat gerai promosi KTO selepas menonton filem akan berpeluang memenangi tiket penerbangan ke Korea dan pelbagai hadiah lain melalui aktiviti cabutan bertuah. Selain itu, dengan kerjasama CU, sebuah rangkaian kedai serbaneka tempatan, aT (Korea Agro-Fisheries & Food Trade Corporation) akan memperkenalkan produk K-food”, seperti snek dan minuman, juga memperlihatkan daya tarikan budaya Korea yang pelbagai.

Our Season (2023)’ yang menjadi filem pembukaan Festival Filem Korea 2024 ini  menceritakan kisah Bok-ja (Kim Hae-sook), yang kembali ke dunia dan hidup semula, selama tiga hari selepas meninggal dunia, hanya untuk mendapati bahawa anak perempuannya, Jinju (Shin Min-a), yang dipercayainya menjadi seorang profesor di universiti terkenal di Amerika, telah pulang ke rumah mereka di Gimcheon, Gyeongbuk (lokasi penggambaran sebenar: Jeongseon, Wilayah Gangwon), di mana dia mengendalikan sebuah restoran kecil. Filem ini bukan sahaja memberikan peluang penonton untuk menikmati pemandangan musim sejuk yang terkenal di Wilayah Gangwon, tetapi juga  memaparkan adegan Jinju mencipta semula resipi ibunya, termasuk “Kimchi stew” dan “Japchae” iaitu dengan memberikan gambaran tentang hidangan buatan rumah Korea yang digemari oleh orang Korea.


Filem kedua, Picnic (2023)’, menampilkan pelakon veteran Na Moon-hee, yang menerima Anugerah Budaya dan Seni Pop Korea, dan Kim Young-ok, yang telah memenangi pelbagai anugerah lakonan di pelbagai festival filem Korea. Kisah ini mengikuti Eun-shim (Na Moon-hee) dan Geum-sun (Kim Young-ok), rakan dan besan, yang kembali ke kampung halaman mereka di Namhae buat kali pertama dalam 60 tahun, mengenang masa muda mereka. Filem ini, dipuji kerana menceritakan tentang persahabatan yang menyayat hati, juga telah dijemput ke pembukaan Festival Filem Antarabangsa Busan yang ke-28. Berlatarbelakangkan pemandangan yang menakjubkan di Namhae dan Gijang, Busan, penerokaan kisah tulus persahabatan ini pasti akan menyentuh hati penonton dari pelbagai peringkat usia.



Filem ketiga, ‘Canola (2016)’, menampilkan pelakon pemenang Anugerah Akademi Youn Yuh-jung (dari ‘Minari’) dan bintang yang sedang meningkat naik, Kim Go-eun, yang telah memenangi Anugerah Bintang Baru di Festival Filem Asia New York. Filem ini menceritakan kisah seorang haenyeo (penyelam wanita) Pulau Jeju, Gye-chun (Youn Yuh- jung), yang secara ajaib bertemu semula dengan cucu perempuannya yang telah lama hilang, Hye-ji (Kim Go-eun), selepas 12 tahun. Walaupun penduduk kampung terhadap Hye-ji, Gye-chun tetap setia Bersama dengan cucunya. Filem ini menggabungkan kisah kasih sayang yang mendalam seorang nenek terhadap cucunya, yang berlatarbelakangkan pemandangan menakjubkan di Pulau Jeju, juga memperlihatkan penonton pandangan tentang budaya unik pulau tersebut, termasuk tradisi haenyeo dan dialeknya.



Semua filem yang di tayangkan adalah percuma dan terbuka kepada orang ramai. Namun kuantitinya adalah terhad berdasarkan siapa cepat dia dapat. 


Raikan kepelbagaian budaya dalam sebuah sinema di Malaysia selama tiga hari!. 


Catat Ulasan

0 Ulasan