Sempena meraikan pengorbanan mereka yang tersayang di samping menderma, pelakon baharu Syazani Zikry, 26, yang pernah membintangi beberapa buah karya seperti Kabus (2022), Ceroboh (2022), Sazali Meor Coco (2023) dan terbaharu, Tafakur (2024) telah mengadakan sesi beramah mesra bersama Syazani Zikry yang telah diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Beliau yang merupakan graduan Komunikasi Massa ( Penyiaran) dari Taylor's University itu berkongsi suka duka menerusi petikan video pendek selama 1 minit yang memaparkan perjalanan hidup dan kisah kekeluargaan yang melatari hidupnya sebelum bergelar anak seni.
Video yang dikongsikan itu sangat menyentuh perasaan penonton malahan ada yang tetamu yang hadir menitiskan air mata melihatkan betapa akrabnya Syazani di sisi keluarga tercinta termasuk pengorbanan seorang ibu yang tiada tolok bandingnya.
Syazani yang ditemui media sejurus acara tersebut berkata, sebahagian dari 50% hasil kutipan bersama National Cancer Society Malaysia itu akan disumbangkan ke organisasi tersebut di bawah nama arwah ibunya, Noor Ain bte Abdul Rahman yang telah meninggal dunia April lalu akibat kanser.
Syazani yang bakal membintangi sebuah filem bergenre suspend thriller bertajuk 'Tafakur' itu akan menemui penonton tempatan di pawagam seluruh Malaysia bermula 19 September depan.
0 Ulasan