FARHAN JUARA GIMME THE MIC

Siapa menyangka di sebalik peratus markah yang diperolehi setiap minggu dan jerit keringat menyertai pelbagai program nyanyian dari tahun 2012 sehinggalah 2024, Farhan Mustapha, 28, dinobatkan juara program Gimme The Mic Malaysia malam  tadi. 

Farhan yang mendendangkan lagu Sampai Mati dan Berhenti Berharap itu membawa pulang wang tunai berjumlah hampir RM30,000 iaitu RM10,000 daripada Astro, RM10,000 Gimme The Mic Alha Alfa dan RM8,600 daripada TikTok. 

Selain itu, beliau juga menerima trofi dan penerbitan sebuah album tajaan Astro dan Rocketfuel. Farhan bersama lima peserta lain itu, Jelly Belly, Shazreen Shaharum, Syafiq Sahli, Ameerais dan Bulan Asyraff akan mewakili Malaysia dalam Gimme The Mic Global bagi pemilihan pemenang Grand 6. 

"Alhamdulillah, saya amat bersyukur dan berterima kasih buat juri yang memilih saya. Tidak lupa juga buat semua peminat dan penyokong saya selama ini. Saya tidak menyangka saya juga terpilih ke Gimmie The Mic Global bersama rakan yang lain.

"Insya allah, saya akan tampilkan sesuatu yang lebih menarik melalui pemilihan lagu pada acara di peringkat global nanti. Doakan saya," kata Farhan ketika ditemui media sejurus selepas persembahan malam tadi.

Program Gimme The Mic Malaysia diadili oleh juri tetap iaitu Ajai, Bunga Citra Lestari, Yuna dan Hael Husaini. 


Sementara itu, Sherry Alhadad dan Sean Lee selaku pengacara program yang bersiaran selama lapan minggu itu dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur. 

Catat Ulasan

0 Ulasan