Jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou berjaya mempertahankan gelaran juara pingat emas di Sukan Paralimpik Paris 2024 selepas muncul juara menerusi acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal), sekali gus menyumbang emas pertama untuk Malaysia tahun ini.
Filem ini juga kini boleh dilanggan menerusi platform Astro saluran 480 atau On Demand dan Astro GO serta peranti pilihan anda melalui sooka. Dengan melanggan filem ini pada satu harga iaitu RM16.20 di platform Astro, manakala RM 19.50 di platform penstriman sooka dalam tempoh 48 jam, penonton dapat menyaksikan kesungguhan Liek Hou dan aksi-aksi sukan yang mendebarkan, di samping elemen kekeluargaan dan keharmonian masyarakat.
Manakala menurut Pengarah Gold, Adrian Teh menyifatkan kemenangan Cheah sebagai pembuka jalan dan wajar dicontohi buat semua namun dari sudut pembikinan filem Gold, ia menterjemahkan sisi cerita yang lebih kuat untuk tatapan generasi seterusnya.
“Juara sekali lagi! Sangat berbangga dengan Cheah Liek Hou. Tahniah di atas pencapaian terhebat dengan meraih emas," katanya.
Pelakon Jack Tan yang memegang watak Cheah Liek Hou dalam filem Gold menyatakan Gold sebuah rakaman sebuah cerita seorang perwira yang mengharumkan nama negara walaupun banyak onak dan duri dan kejayaan beliau baru-baru ini perlu menjadi semangat untuk kita semua walaupun berlainan skop kerja demi negara tercinta.
“Gold! Cheah Liek Hou sekali lagi membuktikannya! Tahniah atas satu lagi catatan sejarah telah ditulis.," katanya
‘Gold’ dibintangi pelakon Jack Tan sebagai Cheah Liek Hou, Farid Kamil sebagai Rashid Sidek, Wan Raja sebagai Misbun Sidek, Fabian Loo sebagai Guan Ting, penyanyi popular sekitar 1990an Freddie Ng, Josiah Hogan, Daniel Cheah, Yasmin Hani, Lynn Lim, Meeki Ng, serta penampilan istimewa Tony Eusoff, Nafiez Zaidi dan Ikhram Juhari.
‘Gold’ mengisahkan perjalanan hidup jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou sejak kecil. Ketika dia berusaha untuk menempatkan namanya dalam arena sukan nasional, beliau didapati menghidap penyakit saraf yang dikenali sebagai Erb’s Palsy. Kehilangan ayah sebagai penyokong kuatnya juga membuatkan Liek Hou hilang arah. Namun, apabila acara Paralimpik dunia mengiktiraf badminton sebagai sukan yang akan dipertandingkan di Tokyo, Liek Hou bangkit semula dengan bantuan jurulatih dan pemain legenda Malaysia, Rashid Sidek.
0 Ulasan