'THE GREATEST OF ALL TIME' RAIH KUTIPAN PECAH PANGGUNG

The Greatest of All Time, G.O.A.T, dibintangi oleh Thalapathy Vijay, aktor aksi yang terkenal dan diarahkan oleh Venkat Prabhu, mengadakan Tayangan Gala di GSC Lalaport Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 5 September 2024.

Filem yang diedarkan oleh Fivestar Trading (FST) & Veedu Production itu menyaksikan kehadiran tetamu dari latar belakang berbeza dengan menampilkan sari kata dalam bahasa Melayu untuk memudahkan penonton dari pelbagai bangsa. Sambutan dimulakan dengan pelbagai acara yang meriah, mewujudkan suasana yang harmoni dengan kehadiran penonton dari pelbagai kaum.

Selain itu, beberapa tetamu memilih pakaian yang diilhamkan oleh watak filem Thalapathy Vijay, menambah sentuhan unik pada acara tersebut. Keterujaan terserlah apabila peminat berkumpul untuk meraikan acara sinematik ini. Majlis ini telah diserikan oleh YB Datuk Seri Dr. M. Saravanan, Ahli Parlimen Tapah dan Timbalan Presiden MIC, dan Datuk T. Mohan, Presiden Yayasan Sukan dan Kebudayaan India Malaysia dan Bekas Senator. Orang kenamaan lain yang hadir termasuk Dato Sri G, seorang pelakon terkenal, mencerminkan sokongan yang telah dibina FST selama bertahun-tahun berada dalam pengedaran pawagam. 

Tayangan Gala filem G.O.A.T, bermula pada jam 8:30 malam, dengan dewan pawagam dipenuhi penonton yang tidak sabar untuk menyaksikan filem yang di nanti-nantikan ini. Filem ini menepati jangkaan, memikat penonton dengan naratif yang menarik, persembahan yang mantap dan pelbagai aksi mengagumkan oleh Thalapathy Vijay.

Penonton, yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum di Malaysia mencetuskan suasana harmoni, memberi respon yang baik terhadap filem itu, dengan maklum balas yang positif dengan penyediaam sari kata bahasa Melayu yang lancar. Acara itu bukan sahaja sebagai perayaan pawagam Tamil tetapi juga sebagai bukti kuasa filem dalam menyatukan rakyat daripada pelbagai latar belakang budaya. 

“Tayangan ini adalah cerminan budaya kepelbagaian Malaysia. Melihat orang ramai daripada semua kaum berkumpul untuk meraikan Thalapathy Vijay dan menikmati filem ini sungguh mengharukan,” kata Dr Sai Suthan Krishnan, Pengurus Besar Fivestar Trading.

"Maklum balas positif yang kami terima mengenai filem itu, terutamanya mengenai kemasukan sari kata Melayu, menunjukkan bahawa pawagam yang hebat mengatasi halangan bahasa dan budaya," katanya lagi.

Saat malam itu berakhir, suasana dipenuhi dengan keterujaan, dan tetamu yang meninggalkan tempat itu bukan sahaja terhibur tetapi juga bersatu dalam kecintaan mereka terhadap filem. The Greatest of All Time bersedia untuk meneruskan kejayaannya di pawagam di seluruh Malaysia, dan Tayangan Gala di GSC Lalaport BBCC sudah pasti akan diingati sebagai acara penting di Malaysia.

Membariskan lakonan hebat Thalapathy Vijay, Prashanth, Prabhu Deva, Ajmal Ameer, Mohan dan ramai lagi, The Greatest of All Time telah membuka tayangannya di pawagam seluruh Malaysia bermula 5 September lalu dan berjaya meraih kutipan pecah panggung RM2.4 juta ini mengisahkan Vijay bersama pasukan ejen rahsia atau SATS berusaha menentang kumpulan penjahat diketuai Rajiv Menon lakonan Mohan. Pelbagai aksi pertarungan memukau ditampilkan Vijay yang berjaya menghidupkan setiap babak.

Gandhi bersama anggota SATS lain yang terdiri daripada Sunil (Prashanth), Ajay (Ajmal), Kalyan (Prabhu Deva) dan ketua mereka, Nazeer (Jayaram) bergerak secara rahsia tanpa pengetahuan ahli keluarga untuk menentang pengganas dan bertindak atas dasar patriotisme.

Mereka hanya kelihatan sebagai pekerja biasa yang masuk ke pejabat, namun di dalamnya mempunyai bilik rahsia untuk mengadakan perbincangan dan mengatur strategi mengekang musuh.

Melihatkan tindak-tanduk Ghandi yang seolah-olah merahsiakan sesuatu daripada isterinya, Anu (Sneha), menjadikan hubungan mereka dingin, bahkan dia dituduh mempunyai skandal.

Bagi memulihkan semula keadaan, Gandhi mengajak Anu pergi ke Thailand dengan alasan mahu berbulan madu sebelum kelahiran cahaya mata kedua yang sedang dalam kandungannya. Pelbagai kejadian misteri dan menggemparkan terjadi membuatkan hubungan kekeluargaan mereka terputus.

Apakah yang terjadi seterusnya?. Semuanya bakal terjawab dalam The Greatest of All Time, G.O.A.T di pawagam. 

Catat Ulasan

0 Ulasan