AFGAN MAHU PEMINAT PUAS

Selepas kejayaan menerusi siri konsert terdahulu, penyanyi lelaki popular dari Indonesia, Afgan mengumumkan bakal mengadakan persembahan berskala besar 28 Disember depan. 

Memilih kota pelancongan terkenal, Pulau Pinang, Afgan Live In Penang bakal melabuhkan tirainya di Setia Spice Arena, Pulau Pinang. Konsert yang dibawakan khas oleh Strategy X Entertainment dengan sokongan Tourism Malaysia itu merupakan konsert pembukaan dan penutup tahun 2024 di mana penyanyi Afgan akan mengadakan persembahan secara solo.

Afgan atau nama sebenarnya Afgansyah Reza, 35, antara penyanyi Indonesia yang pertama kali dikenalkan kepada peminat tempatan pada 2009. Menghasilkan 6 buah album studio, 2 buah album mini dan sebuah album rakaman live, Afgan sekali lagi bakal membuatkan peminat tidak akan berganjak dari tempat duduk bagi menghayati lebih 30 buah lagu yang akan dipersembahkan.

Ketika berucap kepada media, Encik Arif Othman, wakil Strategy X Entertainment berkata, sebagai peminat muzik, kemunculan Afgan kali ini lebih matang kerana banyak elemen akan disajikan sekaligus mengimbas memori bagi menyuntik elemen cinta dikalangan pendengar. Justeru, konsert yang bakal berlangsung 28 Disember depan wajib tonton buat peminat muzik.

“Dengan segudang reputasi yang pernah diraih, konsert demi konsert, persembahan demi persembahan yang sentiasa penuh dan membuat peminat teruja, tiada sebab lebih baik untuk kami di Strategy X Entertainment boleh berikan kenapa menganjurkan Afgan Live In Penang 2024.



“Kami percaya Afgan Live In Penang 2024 yang julung kali dilangsungkan dalam skala besar di Setia Spice Arena, Penang pada 28 Disember 2024 akan menjadi satu sejarah manis buat semua pihak sama ada kami selaku penganjur, Afgan sebagai bintang yang diraikan serta peminat yang dapat mengisi dahaga serta kerinduan terhadap penyanyi kesayangan ini," katanya.


Menurut Arif lagi, mereka tidak menjanjikan ‘bulan dan bintang’ kepada calon penonton tetapi percaya aura yang dimiliki Afgan akan secara automatik membuat Afgan Live In Penang 2024 extravaganza.


“Kami percaya kepada kualiti dan aura Afgan. Afgan Live In Penang 2024 akan menjadikan tahun ini tahun terbaik dan mulakan 2025 dengan sesuatu yang baik juga dengan hadir ke konsert ini,” katanya.



“Pihak Strategy X Entertainment juga ingin mengucapkan sekalung terima kasih kepada Hotel Imperial Lexis Kuala Lumpur yang sudi menjadi hotel rasmi bagi konsert ini,” tambah Arif. 


Bagi Afgan, 35, meski sudah ribuan kali memenuhi undangan secara privasi ataupun konsert di Malaysia, beliau sentiasa teruja kerana seperti menerima semangat baharu daripada peminat yang penuh tenaga.


“Saya tidak pernah jemu ke Malaysia dan apabila dilamar untuk Afgan Live In Penang 2024, saya katakan Ya! kerana tahu peminat yang hadir tidak akan pernah mengecewakan walaupun diadakan di Pulau Pinang.



“Saya percaya di Pulau Pinang atau di Kuala Lumpur atau di mana sahaja negeri di Malaysia, peminat saya selalu ‘crazy’ dan luar biasa.


“Nantikan saya 28 Disember 2024 untuk sama-sama kita ‘berbalas’ dan berbagi energi. Juga di pentas Afgan Live In Penang 2024 kelak saya akan memperdengarkan karya-karya terbaharu saya,” ujar Afgan yang baru muncul dengan single, Escape duet bersama Jessi.


Jika Afgan sendiri sudah teruja untuk bertemu peminatnya, ini bermakna sudah masa buat anda melakukan pembelian tiket Afgan Live In Penang 2024.



Tiket-tiket berharga serendah RM138 sehingga RM388 mengikut kategori sudah pun mula dijual. Bagi peminat Afgan, jangan lupa datang ke konsert ini.

Catat Ulasan

0 Ulasan