DATO' M.NASIR JADIKAN CIPTA2, KONSERT YANG SUKAR UNTUK PENONTON 'MOVE ON'





Sebenarnya, bukan kami tidak mahu mengulas tentang konsert Cipta2 yang diadakan 6 hari yang  lalu. sejujurnya, kami masih tidak mahu berganjak dari memori dan keterujaan kami sewaktu menyaksikan konsert yang pada pendapat kami 'Terpaling PADU' untuk tahun ni.  Masih ramai yang membicarakan betapa gah konsert DATO’ M.N45IR CIPTA yang dibawakan penganjur ICON Entertainment itu.

 
Kami yang duduk di kerusi penonton rasa sangat "hype up" dan bertenaga kerana tenaga positif yang diberikan Dato' M.Nasir menghiburkan kami tanpa henti selama 3 jam dan ternyatalah ianya benar-benar memberikan impak. Tenaga Dato'M. Nasir, seleksi lagu-lagu serta barisan pemuzik dan pasukan yang menghidupkan Konsert Dato M.N45ir Cipta masih dibanggakan sebagai konsert terbaik di pertengahan tahun 2024. 
 

ICON Entertainment dengan suka cita dan berbesar hati membawa sang legenda yang tiada duanya ini kembali menerusi satu lagi siri eksklusif konsert khas buat pencinta dan peminat sejati Mohamad Nasir Mohamed ini.
 
“Ia merupakan kesinambungan daripada Konsert Dato M.N45ir Cipta, maka kami bersetuju menamakan konsert ini sebagai Konsert Dato M.N45ir CIPTA 2 yang akan berlangsung di lokasi sama iaitu Axiata Arena Bukit Jalil pada 12 Oktober 2024,” ujar pengasas ICON Entertainment, Iman Tang.


Apa yang menariknya, Dato' juga membawakan gitaris lagenda KID dari kumpulan Search Kiddin' untuk sama-sama dengan di atas pentas untuk mengalunkan lagu hits seperti 'Fantasia Bulan Madu' 'Isabella' dan juga 'Tiara'. 

Dato' M.Nasir juga membawakan lagu-lagu lain ciptaannya seperti lagu Pawana, Hukum Karma, Andainya aku pergi dulu, Cinta dewa dewi dan banyak lagi yang membukti kehebatan Dato' M.Nasir dalam dunia komposer dan ciptaan lagu. Yang paling menarik pada pendapat kami apabila beliau menyanyikan lagu 'Awan Nano' ciptaan beliau khas untuk Hafiz Suip. Lagu Awan Nano itu, apabila dinyanyikan semula oleh Dato' M.Nasir memberi satu impak yang sayu dan sangat kuat kepada semua untuk mengingatkan sang pencipta kita dan juga mengingat insan-insan yang kita anggap sebagai 'pelindung' (Awan Nano) kita. 


 
Sebagai Penutup Konsert ini, kelainan yang membuatkan Konsert Dato M.N45ir CIPTA 2 ini boleh digelar 'trendsetter' ialah apabila pihak pengajur menjatuhkan 'Duit Raya' semasa lagu "Satu Hari Di Hari Raya". Terkejut semua! Mana tidaknya, pertama kali rasanya satu konsert mendengdangkan lagu raya walaupun bukan di musim perayaan. Siap berikan duit raya pula kepada kita. Duit Raya yang berharga RM1 ini, kata Dato', sangat berharga 45 tahun yang dahulu". ARGH! bagaimana untuk move on? Anda sudah move on ke? kami belum. Apapun, terima kasih Dato' M.Nasir! Jumpa di Cipta3!

 Gambar: KREDIT BANGSAWAN PICTURES DAN KOLEKSI PERIBADI 

Catat Ulasan

0 Ulasan