Siap sedia untuk malam keluarga yang paling meriah! Famili Duo musim ke empat (FD4) dengan lebih banyak kejutan, persaingan sengit, dan tentu saja, bakat-bakat luar biasa dari keluarga selebriti kesayangan anda. Siapakah pasangan misteri yang akan melengkapi barisan peserta tahun ini? Saksikan sendiri!
Setelah berjaya menyemarakkan semangat kekeluargaan sejak diperkenalkan pada 14 Februari 2021, Famili Duo telah menjadi platform untuk selebriti memperkukuhkan hubungan keluarga dan mengangkat nilai kekeluargaan menerusi keindahan muzik. Famili Duo juga telah mencetuskan fenomena luar biasa dengan pengikut setianya.
Sebagai program realiti hiburan terkemuka di Malaysia, ia sentiasa mendapat sambutan hangat setiap tahun. Kini, detik yang dinantikan telah tiba, Famili Duo kembali menggegar pentas dengan musim keempat yang lebih dasyat, menampilkan enam pasangan selebriti yang membawa, memukau dan penuh dengan kejutan luar biasa yang pasti menggoncang jiwa penonton!.
Pada sidang media yang berlangsung di The Grey Box, GMBB, Bukit Bintang hari ini, barisan pasangan selebriti musim terbaharu yang bakal bertanding diperkenalkan bersama barisan hos dan juri yang hebat. Majlis ini turut diserikan dengan persembahan istimewa dan bertenaga oleh bintang Famili Duo musim kedua seperti Ara Johari, Shaffiq Erwin, Naim Daniel dan Sissy Iman yang menambahkan lagi kehangatan acara dan meningkatkan debaran untuk musim terbaharu.
Famili Duo (FD4) akan bersiaran selama 8 episod dan akan menemui penonton bermula 20 Oktober 2024, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan boleh distrim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.
Pasangan Selebriti Hebat dan Misteri yang Membara! Enam pasangan keluarga telah disahkan untuk memanaskan pentas mingguan Famili Duo (FD4), Namun, teka-teki terbesar musim ini adalah siapakah pasangan misteri yang akan melengkapkan senarai peserta? Adakah anda sudah mempunyai tekaan? Kejutan besar menanti apabila hanya lima pasangan yang diumumkan.
Lima pasangan yang telah diumumkan adalah Shiha Zikir & Ieda Zikir (adik-beradik), Zahid & Anne (adik-beradik), Ayie Floor 88 & Salma Asis (sepupu), Tomok & Sharul Kamal (sepupu), Didi Astillah & Yasmin Aziz (sepupu). Namun, ada satu misteri yang belum terungkai, pasangan keenam masih belum didedahkan sepenuhnya dengan Naqiu tampil bersendirian di pentas buat masa ini. Siapakah pasangan misteri yang bakal muncul mencuri perhatian di pentas Famili Duo musim ini untuk bergandingan dengan Naqiu dan mengempakkan pentas FD4? Inilah yang membuatkan musim ini lebih mendebarkan! Apakah strategi dan daya tarik mereka untuk menguasai pentas?
Penaja Hebat, Hadiah Mewah! Famili Duo (FD4) musim ini dibawakan khas kepada anda oleh Perfume Paradise sebagai penaja utama dan Marigold HL sebagai rakan penaja. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital. Duo juara mingguan akan membawa pulang hadiah berjumlah RM10,000 pada tujuh episod pertama manakala finalis di pentas akhir Famili Duo berpeluang merebut hadiah wang utama sebanyak RM100,000! Pemenang mingguan akan ditentukan dari penilaian juri iaitu 70%, dan penonton juga berpeluang mempengaruhi keputusan dengan undian atas talian melalui Tonton yang menyumbang sebanyak 30%.
Undi dan Menang! Pengguna Tonton terkini yang berdaftar layak untuk mendapat peluang mengundi duo kegemaran mereka sebanyak 50 undi seminggu, manakala mereka yang melanggan pakej 3 bulan, anda layak untuk mendapatkan tambahan lagi 100 undian setiap minggu dengan menggunakan ciri TontonUp! Bermakna, penonton akan mendapat 150 jumlah undian dalam seminggu. Lagi banyak anda undi, lagi besar peluang duo anda untuk menang!
Gunakan kod promo FAMILIDUO2024 untuk menikmati potongan istimewa dengan hanya membayar RM8 sahaja bagi langganan 3 bulan, sambil memberi sokongan padu kepada duo pilihan anda. Lebih menarik, dua pelanggan berbayar turut berpeluang memenangi dua (2) buah Samsung Smart TV 65' setiap minggu dengan hanya perlu meneka Duo Terbaik Mingguan!
Berduo lebih baik! Menambah keseronokkan selama 8 minggu, episod ini bakal dikemudikan oleh gandingan selebriti serba boleh iaitu Janna Nick dan Sharif Zero sebagai hos program manakala kerusi juri akan diisi oleh figura hebat, Mas Idayu dan Datuk Rosyam Nor yang memanaskan kerusi juri, yang pastinya akan memberikan kritikan serta pujian yang pedas dan tepat. Enam pasangan selebriti ini akan tampil bertarung dan mempamerkan kreativiti masing-masing menerusi tema berbeza setiap minggu, menjadikan setiap episod lebih sengit dan sukar dijangka.
Musim baharu Famili Duo diketuai oleh Russell Mark Rodrigues sebagai Pengurus Projek dan Muhamad Sufian Che Isa sebagai Penerbit Eksekutif.
Kongsikan pengalaman anda, gunakan hashtag rasmi #FamiliDuo2024 dan #FamiliDuoTV3 untuk berkongsi tekaan dan menghangatkan lagi perbualan di laman sosial media. Jadi tunggu apa lagi? Pastikan anda tidak ketinggalan mengikuti persaingan sengit ini serta sokong dan undi duo selebriti kegemaran anda di pentas persembahan Famili Duo.
0 Ulasan