PINTU SENTIASA TERBUKA UNTUK EXO-CHEN DI MALAYSIA

 


Nama Chen sudah tidak asing lagi di dalam dunia Korean Pop. Apatah lagi Chen merupakan salah seorang anggota kumpulan yang sungguh berbakat EXO. Walau sudah tidak lagi di bawah pengurusan SM ent, Chen kini berada di 'level' nya yang tersendiri apabila Chen dan XiuMin mengikat kontrak bersama syarikat rakaman INB100 di bawah Baekhyun yang juga merupakan anggota kumpulan EXO. 

Chen atau nama sebenarnya Kim Jongdae mengumumkan akan membuat siri jelajah bertemu peminat di beberapa buah negara dan Kuala Lumpur, Malaysia menjadi antara lokasi siri jelajah tersebut. Chen 'Beyond the Door' in Kuala Lumpur akan diadakan pada 8 November 2024 ini bertempat di Mega Star Arena, Kuala Lumpur. 


Umum mengetahui keupayaaan Chen ni, dan sebagai seorang penyanyi solo, vokal Chen sentiasa memberikan impak dalam diri kita. Terutamanya apabila Chen menyanyikan lagu-lagu berunsur balada. Memulakan karier sebagai penyanyi pada tahun 2012 dan sebagai penyanyi solo pada tahun 2019 membukti Chen masih lagi diminati dan diperlukan dalam industri seni muzik dengan vokal emas beliau. 


Chen yang popular dengan kekuatan vokal dan yang dikatakan antara vokalis terbaik di Korea Selatan semestinya akan menghibukan semua peminat dan pengunjung yang bakal menyaksikan konsert itu nanti. Konsert ini dibawakan khas oleh penganjur dari Singapura iaitu IMC live Global. 




Tiket untuk Fan Con Beyong the Door in Kuala Lumpur ini bermula dengaan harga RM398 (CAT 3), RM498 (CAT 2), RM598(CAT 1) dan RM758 untuk VIP. berikut adalah beberapa 'fan benefits' yang disediakan pihak pengajur untuk Konsert ini. 


Peminat EXO yang dinamakan EXO-L diharap untuk tidak melepaskan peluang untuk mendengar suara lunak merdu Chen. Tiket juga akan mula dijual pada 11 Oktober 2024 ini bermula jam 11 am. Jom! Jumpa anda dan EXO-L disana!
STAY TUNE YA!

Catat Ulasan

0 Ulasan