KUMPULAN GOVINDA HADIAHKAN PEMINAT DENGAN 'CINTA'

Pertama kali menyaksikan persembahan Govinda di pentas Zepp Kuala Lumpur pada malam Khamis, menyaksikan betapa agung dan cintanya kumpulan ini terhadap seni muzik yang dipersembahkan mereka. 

Kumpulan yang popular dari Indonesia ni menghidangkan lebih 16 buah lagu popular mereka antaranya Tanpa Batas Waktu, Setengah Mati Merindu, Cinta Terakhir dan banyak lagi. Kumpulan yang dianggotai 4 orang ahli terdiri daripada Irfan Hadari (vokalis), Ade Nurullianto (gitar), Yosafat Luki Marendra (Pemain Bass) dan Ritchie (dram) ini memukau hampir 2,000 penonton.

Govinda Hal Hebat yang juga menampilkan gabungan penyanyi tempatan bersama Govinda antaranya, Fadly Padi, Ernie Zakri, Aina Abdul dan Elica Paujin itu mempersembahkan pelbagai lagu secara duet, solo dan sebagainya. 

Konsert yang berlangsung hampir dua jam itu juga menayangkan sebuah dokumentari khas tentang pembikinan Album Govinda Live Studio Session 2023 yang bakal diterbitkan dalam bentuk piring hitam khas buat peminat Govinda, di mana album tersebut menggunakan Abbey Road Studio, London sebagai studio rakaman bersama-sama National Simfoni Orkestra, United Kingdom. 

Menurut Ifan yang merupakan vokalis Govinda berkata, mereka tidak pernah menyiarkan dokumentari tersebut di mana-mana platform media sosial dan Malaysia menjadi lokasi utama penayangan dokumentari tersebut secara langsung sebagai momen bersejarah buat peminat di Malaysia.

Menariknya konsert malam itu juga adalah kumpulan Govinda menyampaikan lagu 'Engkau Laksana Bulan' sebagai penghormatan kepada legenda muzik Malaysia, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. 

Catat Ulasan

0 Ulasan