SARKAS JUARA MLS4

Kumpulan Sarkas dinobatkan sebagai juara Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4), malam tadi, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000 beserta trofi.

Kumpulan yang dianggotai Danial Zaini, Acap S dan Shashic yang turut menjemput pelawak Shuib sebagai artis jemputan mendapat markah tertinggi.

Manakala kumpulan Padie yang dianggotai oleh Namie, Fad dan Aretoy yang mendapat markah 67.07 % berbeza 1% dengan Sarkas iaitu 67.89%, Padie mmperolehi tempat kedua, menerima wang tunai RM75,000 beserta trofi. 

Kumpulan Putehh (Ali Puteh, Aya Amiruddin & Man Raja Lawak) berada di tempat ketiga dengan markah 64.57% membawa pulang RM50,000 serta trofi.

Kumpulan Deroyan yang dianggotai Has, Dewa dan Eric Fuzi pula menerima hadiah wang tunai RM25,000 serta trofi dengan markah 64.47% serta trofi.

Kumpulan Zuara (Zulin Aziz, Nizam Jentik-Jentik & Chiwan) memperolehi 63.18% berada di kedudukan kelima berjaya membawa pulang RM5,000 dan trofi. 


Ahli kumpulan Zuara iaitu Zulin Aziz pula memenangi anugerah Superstar Paling Gempak MLS4. 

Persembahan setiap kumpulan dinilai oleh juri sebanyak 70% manakala lagi 30% adalah hasil undian online di gempak.com/muzikallawaksuperstar. 

Program lawak ini bersiaran secara langsung bermula 22 September selama sembilan minggu, pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di Astro Warna (saluran 107).

Juri terdiri daripada Saiful Apek, Anna Jobling dan Harith Iskander manakala Datuk AC Mizal sebagai pengacara utamanya.

Muzikal Lawak Superstar 4 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, dan turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.

Sumber berita dipetik dari Astro Gempak. 

Catat Ulasan

0 Ulasan