KAHAR: KAPLA HIGH COUNCIL RAIH KUTIPAN RM5.5 JUTA

Filem Kahar: Kapla High Council bukan sekadar sebuah karya seni, tetapi satu manifesto keberanian dalam mempersembahkan penceritaan yang relevan, dan penuh aksi. Kejayaan meraih kutipan RM5.5 juta sejak tayangan rasmi pada 28 November lalu, menjadi bukti sambutan luar biasa penonton terhadap karya tempatan dan sekali gus mampu bersaing dengan filem antarabangsa. Atas permintaan, Kahar : Kapla High Council kini bersedia menemui penonton di Singapura mulai Khamis, 5 Disember. 

Menurut Penerbit Eksekutif Kahar : Kapla High Council merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, pembikinan filem ini adalah rentetan daripada sambutan peminat terhadap siri Project: High Council yang mencetuskan fenomena setahun yang lalu. Kejayaan meraih RM5.5 juta dalam tempoh seminggu adalah satu bonus dan berharap ia meningkat beberapa minggu dan mendapat sambutan yang baik dari semua penonton.

Alhamdulillah atas sambutan memberangsangkan ini. Kami ingin ucapkan terima kasih kepada penonton yang telah memilih Kahar : Kapla High Council sebagai naskhah tontonan di pawagam. Esok bermulanya tayangan filem ini di Singapura, dan pada hujung minggu ini tiba giliran barisan pelakon turun ke wilayah Selatan seperti Johor, Melaka dan Seremban bagi menemui peminat dan penonton. Kami turut menerima pemintaan daripada peminat dari luar negara untuk menyaksikan filem ini. Insyaallah, dengan sambutan dan sokongan padu penonton, kami akan lebarkan sayap filem ini tembusi layar negara luar," katanya.

Buat peminat dan penonton, jangan lepaskan peluang untuk temui barisan pelakon di siri jelajah Kahar : Kapla High Council pada 6, 7, 8 Disember di Negeri Sembilan, Johor Melaka; 13, 14, 15 Disember di Terengganu, Pahang.


Filem ini diarahkan oleh Razaisyam Rashid dan skrip oleh the creator Anwari Ashraf, serta membariskan pelakon Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Khenobu, Thompson Goh, Husyairi Hussin dan ramai lagi. Diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama GSC, HM Entertainment dan ZAK Capital.




Kahar : Kapla High Council mengisahkan tentang Kahar, seorang pelajar tingkatan 4 sekolah berasrama penuh Kolej Ungku Deramat (KUDRAT). Seorang yang pendiam dan kerap menyisihkan diri, dia sering berasa tertekan kerana bapanya, Dato Abu Yamin, meletakkan harapan begitu tinggi terhadapnya. Keadaan semakin meruncing apabila dengan tidak sengaja, Kahar terjerumus dalam pemilihan ketua tidak rasmi bagi seluruh badan pelajar. Kemenangan Kahar membuatkan dia leka dengan kedudukannya itu. 


Catat Ulasan

0 Ulasan