CALPIS SODA ONE IN A MILLION, REZZA & ALYA TERSINGKIR MINGGU KE-4

Minggu keempat Calpis Soda One In A Million (CSOAIM) menyaksikan perjuangan Rezza Shah dan Alya Mardien terhenti apabila nama mereka diumum sebagai peserta tersingkir dalam program yang disiarkan secara langsung dari Studio TV3, Glenmarie di sini, malam tadi.

Keputusan penyingkiran dibuat selepas persembahan Rezza dan Alya gagal memikat hati juri tetap, iaitu Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain dan Cakra Khan, termasuk juri jemputan, Hael Husaini. 

Selain itu, peratusan undian penonton yang rendah juga dipercayai menjadi faktor hingga menyumbang kepada penyingkiran mereka.

Penyingkiran Rezza pada konsert minggu keempat CSOIAM tidak mengejutkan memandangkan persembahannya menerima kritikan hebat daripada ketiga-tiga juri tetap. 

Namun, keputusan untuk menyingkirkan Alya mencetuskan kejutan kerana peserta itu berjaya memberikan persembahan penuh penghayatan menerusi lagu Bukan Lagi Kita (Nadeera Zaini) dan Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul).

Sementara itu, konsert minggu kelima CSOAIM yang bertemakan Evolusi AJL akan menyaksikan enam peserta membuat persembahan. 

Mereka yang berjaya mara adalah Zazzleen, Eylia Guntabid, Kai Deva, Mariam Marygrace dan Jimi. 

Lebih mengujakan, Jimi diumum sebagai peserta 'Terpaling Fizz' selepas mempamerkan persembahan memukau dengan menyampaikan lagu Senggol-Senggolan nyanyian asal Mas Idayu dan Drama King (Meet Uncle Hussain dan Black). 

Sebagai ganjaran atas kemenangannya, Jimi bakal berduet bersama Misha Omar pada konsert minggu kelima, Ahad depan.

Proses penyingkiran seterusnya akan berlangsung pada konsert minggu kelima sehingga hanya empat finalis berjaya dipilih untuk berentap di pentas akhir, yang dijadualkan pada 9 Februari depan.

keputusan bagi minggu-minggu berikutnya akan ditentukan melalui gabungan markah sebanyak 60 peratus daripada juri profesional dan baki 40 peratus daripada undian penonton.


Konsert minggu keempat CSOIAM turut menampilkan Mimi Fly sebagai pembuka tirai dengan persembahan bertenaga menerusi lagu hit terbaharunya, Angkat.

Program realiti nyanyian yang pernah mencetuskan fenomena pada 2006 ini kembali ke kaca TV3 dengan format baharu, bermula malam ini hingga 9 Februari 2025.

Dikemudikan oleh Haniff Hamzah dan Fiza Frizzy, rancangan ini disiarkan secara langsung selama lapan minggu. Juara CSOIAM bakal membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai RM500,000, sebuah kereta bernilai RM200,000 serta kontrak rakaman eksklusif selama dua tahun bersama Altenate Records & Talents. 

Sumber berita dipetik dari Harian Metro. Gambar: Genes Gulitah

Catat Ulasan

0 Ulasan