Walaupun berada di kedudukan terakhir, penyanyi Fairuz Selamat berjaya mengekalkan potensinya apabila terselamat daripada tersingkir di minggu ke-9 Gegar Vaganza ke-11 (GV11) yang berlangsung malam tadi di Auditorium, MBSA Shah Alam.
Fairuz yang memperolehi markah 55.54% mendapat kedudukan ke-8 sebelum Ronnie Hussien yang berada di kedudukan ke-7 dengan markah 58.52%. Persembahan Fairuz melalui lagu Mirai nyanyian asal Kiroro No Mori dan Kau Bunga Cintaku (nyanyian asal Anuar Zain) bersama The Lima mendapat pujian dari juri.
Sementara itu, Ning Baizura berada pada kedudukan pertama (73.17%), diikuti Liza Aziz ditempat kedua (73.16%) dan Zehra Zamri ditempat ketiga (71.04%).
Keputusan minggu ini menyaksikan kesemua bintang layak ke peringkat suku akhir yang bertemakan Rock-Dut iaitu gabungan lagu Rock dan Dangdut secara medley.
GV11 menampilkan Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad sebagai pengacara di samping Dato' Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang juri tetap yang dipancarkan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam, Selangor.
0 Ulasan