BUFET IFTAR RABBANI DI RUANG RAMA

Sempena ketibaan bulan Ramadan, Ruang Rama yang terletak di Petaling Jaya, kini membuka pintu dewannya dengan penuh kemeriahan menerusi Bufet Ramadan yang menawarkan pelbagai juadah makanan berbuka puasa bersama kumpulan nasyid popular, Rabbani.

Kumpulan nasyid legenda seawal tahun 1997 itu, Rabbani bakal bergabung bersama rakan-rakan artis bagi memeriahkan Iftar Buffet with Rabbani & Friends bermula 4 Mac hingga 26 Mac 2025.

Dengan harga serendah RM89.00 (dewasa) dan RM79.00 (kanak-kanak), Bufet Iftar ini menyajikan pelbagai hidangan tradisional serantau yang kaya dengan rasa autentik, membawa pengalaman kulinari yang mencerminkan budaya. Menghidupkan lagi pengalaman berbuka, kumpulan nasyid tersohor Rabbani, bakal mengalunkan melodi penuh harmoni dengan seleksi lagu-lagu terbaik mereka dari malam pertama sehinggalah malam terakhir pada 26 Mac 2025.

Ketika ditemui media di Majlis Pelancaran Bufet Iftar Rabbani di Ruang Rama baru-baru ini, Azadan bin Abd Aziz, pengurus dan anggota Rabbani berkata, mereka sangat terharu dengan tawaran yang datang dan berjanji akan melakukan yang terbaik bagi membawa pengalaman berbuka yang luar biasa.

“Ini adalah peluang bermakna buat kami untuk menyumbang kepada komuniti dengan meraikan bulan Ramadan melalui muzik dan kebersamaan. Kami tidak sabar untuk menghiburkan para tetamu dan sangat teruja memulakan perjalanan baru ini bersama Ruang Rama.

"Bagi anda yang ingin bersama kami, jangan lupa datang bersama keluarga di Ruang Rama sepanjang Ramadan ini," katanya.

Ruang Rama juga bakal mengumumkan cabutan bertuah eksklusif yang ditaja oleh Mahabbah, sebuah agensi pelancongan untuk perjalanan ibadah, bagi semua pengunjung yang menghadiri Bufet Iftar dari 4 hingga 26 Mac 2025. Antara hadiah menarik yang ditawarkan ialah pakej Umrah percuma dan cuti pelayaran Star Cruise. Pengumuman ini menambah lagi keterujaan malam tersebut, menjadikan bufet ini di Ruang Rama satu pengalaman yang dinantikan.

Dengan gabungan hidangan istimewa yang disusun rapi, persembahan yang menyentuh jiwa, serta layanan penuh mesra, Ruang Rama bersedia menjadi destinasi pilihan untuk majlis perkahwinan, perayaan serta pelbagai acara korporat dan gaya hidup dimulakan dengan perayaan Iftar yang benar-benar mencerminkan semangat Ramadan.


Lebih daripada sekadar ruang acara, Ruang Rama direka dengan teliti di lokasi strategik di Klang Valley ini lengkap dengan pakej promosi eksklusif serendah RM12,999+. Tawaran ini merangkumi sistem AV, dekorasi klasik, meja dan kerusi, serta pelbagai kemudahan lain sekali gus menjadikan setiap acara lebih istimewa pada nilai yang luar biasa.

Semarakkan Bufet Iftar di Ruang Rama ini bersama Rabbani dan rakan-rakan artis bermula 4 Mac hingga 26 Mac 2025. Bagi anda yang ingin mendapatkan harga promosi / Early Bird bagi pembelian awal bolehlah menghubungi Ruang Rama di talian +6012-230 5783 atau melalui ruangrama.com bermula 12 Februari hingga 25 Februari 2025.


Catat Ulasan

0 Ulasan