DENDAM SEORANG MADU BAKAL CETUS FENOMENA?

Selepas mengarahkan beberapa telemovie dan drama rantaian yang menjadi trending dan popular di kaca tv, pengarah drama terkenal Riza Baharuddin kembali dengan naskhah terbaharu berjudul Dendam Seorang Madu

Drama terbitan MiG Production ini merungkai kisah tentang seorang wanita yang berjuang haknya demi keluarga dan perkahwinan yang dirancang. Ia mengisahkan Putri Rayhana, seorang gadis hidup sebatang kara bersama neneknya yang garang dan ibunya yang sakit gila berusaha mencari jalan untuk menyambung pelajaran bagi mengubah nasib keluarga mereka.

Namun dia terpaksa akur dengan kehendak neneknya yang ingin mengahwinkan dia dengan Faris Arfian, anak kepada sorang CEO syarikat besar demi menampung kos rawatan ibunya. Faris Arfian pula terpaksa menurut kehendak ibunya Hanum yang mengatur perkahwinannya supaya dia dapat menyandang jawatan CEO.

Namun segalanya terbongkar selepas perkahwinan mereka, apabila Faris sebenarnya sudah bernikah secara rahsia dengan Izara, pembantu peribadinya dan meminta untuk Rayhana merahsiakan perkara tersebut dari ibunya Hanum.

Dapatkah Rayhana, Faris Arfian dan Izara hidup secara harmoni tanpa ada sebarang sengketa dari ibu mertuanya, Hanum?. Semuanyanya bakal terjawab dalam Dendam Seorang Madu yang bakal bersiaran di Astro Prima (Saluran 105 Astro) bermula 3 Mac 2025 setiap Isnin hingga Jumaat.

Menampilkan lakonan hebat  Hannah Delisha (Puteri Rayhana), Redza Rosli (Faris Alfian), Sweet Qismina (Izara) dan Emelda Rosemila (Hanum), Dendam Seorang Madu menyentuh isu pengurusan harta peninggalan dan disulami kemas dengan konflik perkahwinan bermadu pada luaran menjadi tunggak penceritaan drama Dendam Seorang Madu.

Bagi menghangatkan siri ini, penonton akan dibawa untuk menelusuri setiap babak naik turun emosi setiap watak dan konflik perkahwinan yang terjadi antara mereka sepanjang drama ini bersiaran. Tidak sekadar memberikan hiburan kepada penonton, drama ini juga menekankan mengenai pentingnya menguruskan harta peninggalan serta menjaga keturunan, seperti yang dipaparkan menerusi watak Putri Rayhana dan Faris Alfian yang terlibat dalam komplot Hanum, Ibu Faris dalam membolot harta yang ditinggalkan oleh bapa Putri Rayhana. 

Menyentuh isu pengurusan harta peninggalan dan disulami kemas dengan konflik perkahwinan bermadu pada luaran menjadi tunggak penceritaan drama Dendam Seorang Madu ini antara drama yang bakal mencipta fenomena seperti drama arahan Riza sebelum ini iaitu Andai Tiada Dia yang mencatat jumlah tontonan luar biasa di pelbagai platform tayangan dalam talian seperti Astro Go, Sooka dan juga tayangan secara langsung di Astro.

Menurut Norzeha Salleh, Ketua Saluran Astrio Prima berkata, Dendam Seorang Madu antara drama rantaian terbaik yang diterbitkan pada tahun ini. Pembikinannya lebih kepada isu kekeluargaan, dendam dan pengurusan harta yang menjadi tunjang dalam drama 50 episod di mana skripnya ditulis oleh Firul Akmal, bakal mencipta fenomena luar biasa.

“Kami sentiasa menghasilkan drama yang terbaik dari Astro dan semestinya ia membawakan mesej-mesej penting untuk disampaikan kepada para penonton. Dendam Seorang Madu bukan sekadar penceritaan konflik perkahwinan biasa, ia lebih tertumpu kepada perkongsian isu mengenai pengurusan harta pusaka dimana ia mengajar masyarakat di luar sana untuk mengambil tahu kepentingan menguruskan harta faraid (pusaka) dengan adil dan saksama, mengikut syariat yang telah ditetapkan.

"Selain dari itu, aspek menjaga keturunan juga turut ditekankan dalam drama ini.  Sentuhan pengarah drama nombor satu, Riza Baharuddin dan barisan pelakon hebat yang membintangi siri ini juga memainkan peranan sangat penting dalam memberikan pengalaman tontonan terbaik dan juga memuaskan untuk para penggemar drama di luar sana," katanya.

Manakala bagi pengarah drama tersebut, Riza Baharuddin, beliau sangat terharu dengan sambutan penonton menerusi drama arahannya sebelum ini, namun bagi Dendam Seorang Madu, apa yang diharapkan adalah penonton menyukai karya ini dam jangan sesekali mengikuti apa yang dipaparkan kerana ia adalah lakonan semata-mata.

Menurutnya lagi, apa yang disampaikan menerusi naskhah ini sangat bermakna kerana penceritaannya begitu dekat dengan masyarakat umum.

Dendam Seorang Madu akan datang bermula 3 Mac 2025 dan menjadi drama rantaian sepanjang bulan Ramadan penuh keberkatan.

Catat Ulasan

0 Ulasan