SEDEKAD MENYINAR BERSAMA BULAN BINTANG RAYA 2025 INI


Sempena meraikan ulangtahun kesepuluh Bulan Bintang, sebuah pertunjukan fesyen dengan tema Sedekad Menyinar telah diadakan pada 2 Februari 2025 bertempat di KL Convention Center, Kuala Lumpur. Pertunjukan fesyen Bulan Bintang kali ini menampilkan koleksi raya “ready-to-wear” (RTW) untuk seisi keluarga merangkumi baju melayu pelbagai pilihan potongan beserta koleksi pakaian raya sedondon untuk wanita dan kanak-kanak dengan lebih 70 pilihan warna. 


Terbaharu, Bulan Bintang mengumumkan koleksi Baju Melayu dengan tiga pilihan potongan Slim Fit, Tailored Fit dan Traditional Fit serta penggunaan kain yang lebih lembut, ringan, sejuk dan jahitan yang kemas untuk digayakan sepanjang hari. Sebagai jenama yang inklusif, koleksi kali ini ditawarkan dengan pilihan saiz sehingga 8XL dan pelbagai pilihan kurta. Kesemua koleksi ini diperagakan oleh barisan selebriti ternama tanah air seperti Datuk Rosyam Nor, Datuk Remy Ishak, Shukri Yahaya, Syafiq Kyle, Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Johan Ghazali dan Hannah Delisha. Bulan Bintang juga menampilkan barisan duta istimewa seperti, Zahiril Adzim, Ain Edruce, Zahirah MacWilson, Aiman Hakim Ridza, Mimi Lana, Dato’ Ramli MS, Dato’ Jalaluddin Hassan, Joey Daud, Zamarul Hisham, Sabri Yunus dan Angeline Tan. 



Pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi berkata, beliau amat bersyukur jenama Bulan Bintang masih berkembang pesat dan kekal bersinar selama sedekad dalam pasaran yang amat kompetitif ini. Semua ini adalah hasil sokongan rakyat Malaysia disamping penambahbaikan daripada segi kualiti dan khidmat pelanggan yang sentiasa menjadi keutamaan syarikat. Sebagai penghargaan kepada pembeli Bulan Bintang selama sedekad ini, Bulan Bintang menawarkan pelbagai hadiah menarik hasil kolaborasi korporat bersama jenama-jenama hebat seperti GB Gold yang menawarkan 1kg jongkong emas, tiket penerbangan percuma selama setahun daripada AirAsia, RM150,000 duit raya daripada Hausboom, pakej haji dan umrah daripada Tabung Haji dan Kahf, 120,000 voucher daripada Tealive dan banyak lagi hadiah menarik yang disumbangkan oleh Tudung Ruffle, Russell Taylors, Mutu Case dan Mokkys Pizza dengan nilai keseluruhan berjumlah RM10juta. 




Terdapat juga Biskut Raya Edisi Khas yang boleh didapati secara eksklusif di 7 Eleven seluruh Malaysia. Kerjasama seperti ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana jenama fashion tempatan. Pertunjukkan fesyen ini diselangselikan dengan persembahan nyanyian dan tarian dari Zeppo Youngsterz Dancer, Datuk Jamal Abdillah serta Bunkface. Selain itu, pengumuman pemenang bagi Bulan Bintang Next Top Model yang menampilkan finalis dalam lingkungan 40 sehingga 70 tahun yang terdiri daripada orang awam. 


Pemenang juga membawa pulang hadiah utama wang tunai bernilai RM10,000 melalui undian daripada juri dan penonton yang hadir. Azzim menyasarkan jualan sebanyak 1.5 juta helai pakaian untuk kempen kali ini dan menggesa orang ramai untuk membeli koleksi raya Sedekad Menyinar Bulan Bintang di 15 butik rasmi Bulan Bintang seluruh negara dan di platform TikTok yang merupakan rakan kerjasama strategik Bulan Bintang dan penghantaran seluruh Malaysia diuruskan oleh Ninjavan selaku rakan logistik rasmi.



Catat Ulasan

0 Ulasan