'CIPTA RAYA' BUKAN SEKADAR KONSERT

 

Bukan mudah untuk mengadakan konsert saat ini. Apatah lagi mengambil bulan Syawal sebagai tarikh keramat bagi meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa. Namun, bagi Pengasas dan Pemilik rumah produksi, ICON Entertainment, ini tidak mungkin dapat dijayakan sekiranya semua pihak tidak memberikan kerjasama sepenuhnya.

'Cipta Raya' adalah kombinasi dari kejayaan dua siri Cipta sebelum ini. Mengambil suasana perayaan dengan sambutan yang meriah menerusi muzik dan lagu, Iman Tang berkata, sebagai penganjur beliau teruja untuk menampilkan sekali lagi Dato' M .Nasir dalam medium yang lebih santai bagi meraikan sambutan Aidilfitri di ibu kota.

"Cipta Raya adalah sebuah perjalanan emosi bagi meraikan muzik dan lagu dalam bentuk persembahan. Ianya menghimpunkan lebih 20 buah lagu di mana 17 diantaranya adalah bertemakan hari raya.

"Kami cuba menampilkan sesuatu yang berbeza dari dua siri Cipta sebelum ini. Untuk 13 April nanti, peminat muzik yang membeli tiket bagi menyaksikan konsert ini. Anda bukan sahaja dihiburkan dengan lagu dendangan M.Nasir, tetapi anda juga akan dihidangkan dengan juadah hari raya. 

"Konsert ini umpama rumah terbuka Dato' M.Nasir. Ada makanan, persembahan lagu dan sebagainya," kata Iman Tang dengan nada teruja.

'Cipta Raya' bukan penamat bagi siri konsert M.Nasir yang dianjurkan ICON Entertainment. Ianya lebih kepada bagaimana sesuatu persembahan itu dapat membuai rasa dengan seleksi lagu ciptaan komposer tersohor itu. 

Bagi komposer, penggubah muzik , penerbit rakaman dan pelantun suara Satu Hari Di Hari RayaDato' M.Nasir berkata, sebagai penyanyi beliau harus melakukan yang terbaik. Namun untuk konsert ini, beliau akan menyampaikan seleksi lagu-lagu raya ciptaannya sama ada yang pernah dinyanyikannya atau oleh penyanyi lain.

"Konsert ini umpama satu perayaan sesama kita. Ianya sangat istimewa. Jangan lepaskan peluang untuk anda datang dengan membeli tiket bagi menyaksikan persembahan saya pada hari raya nanti," katanya.

Ketika ditanya tentang senarai lagu raya yang akan dipersembahkannya, M.Nasir menambah, beliau akan membawakan lagu-lagu raya yang menjadi siulan dan popular di sepanjang perayaan tanpa memberikan spesifik tajuk lagu yang akan dinyanyikan. 

Memilih Zepp Kuala Lumpur sebagai lokasi utama, 'Cipta Raya' bakal berlangsung 13 April depan.Tiket berharga serendah RM258 (Rendang dan Ketupat -Standing) sehinggalah RM10,000 (Vip Box with Meet & Greet, Food & Beverage & Poster) boleh dimiliki di laman ticket2u sekarang!. 

Anda juga boleh melayari TikTok rasmi kami di sini untuk video menarik

Catat Ulasan

0 Ulasan