Keunikan rasa grill dengan masakan Melayu yang lazat, pembuka selera bagi hidangan berasaskan bufet Ramadan di BIFE Charcoal Steakhouse.
Restoran yang terletak di tengah segi tiga ibu kota, The Linc Kuala Lumpur ini menawarkan pelbagai menu Ramadan yang sangat enak. Dengan gabungan masakan Melayu dan churrasco styled grilled meat, setiap hidangan yang dijamah tampak mewah, sedap dan tidak mengecewakan.
Hadir dengan menu utama yang mencuit rasa, apatah lagi keunikan masakan Melayu yang menjadi pertaruhan, Bufet Ramadan di Bife Charcoal ini amat berbeza dengan restoran yang lain kerana ia menawarkan 11 jenis daging panggang premium, kambing panggang istimewa, seleksi pasta dan pelbagai jenis sup seperti sup berempah, sup sayuran, mi goreng mamak, nasi hujan panas, rendang, soto dan banyak lagi.
Restoran yang dimiliki oleh anak Melayu Bumiputera ini sebenarnya sudah beroperasi sejak November 2019, di mana pada tahun ini adalah tahun kelima restoran ini menyajikan menu berkonsepkan 'fusion menu'.
Bagi anda yang inginkan keselesaan tanpa gangguan sambil menghirup udara segar dengan pemandangan senja kota yang sangat indah dengan seleksi menu Ramadan yang penuh elegan, Bife Charcoal Steakhouse adalah restoran yang perlu anda kunjungi pada Ramadan kali ini.
Dengan aneka kuih tradisi termasuklah cucur udang serta juadah pencuci mulut seperti kek, aiskrim, cendol, air batu campur, buah-buahan, rojak buah dan pilihan salad segar, sekali gus menjadikan menu Ramadan di BIFE Charcoal Steakhouse adalah yang terbaik.
Kunjungan Wajib Tonton ke restoran ini adalah untuk mencuba sendiri menu Ramadan yang ditawarkan. Di antara menu yang menjadi kegemaran kami adalah nasi hujan panas, aneka kuih dan masakan Melayu yang dihidangkan, membuktikan setiap aroma dari menu yang ditampilkan amat sedap untuk dinikmati bagi setiap pengunjung.
Restoran yang boleh memuatkan kapasiti seramai 160 orang pada satu-satu masa ini juga menawarkan ruang yang kondusif dan selesa terutamanya buat mereka yang berkeluarga besar mahupun sederhana.
Bufet Ramadan di BIFE Charcoal Steakhouse ini boleh dinikmati pada harga serendah RM128.00 bagi dewasa dan RM64.00 bagi kanak-kanak berusia 11 tahun ke bawah, bermula pada jam 6.00 petang hingga 10.00 malam sepanjang Ramadan.
Ruang solat dan tempat letak kereta juga disediakan. Jika anda inginkan kelainan sambil menikmati juadah berbuka puasa yang sungguh enak, hadirkan diri anda di sini, sekali rasa pasti buat anda akan jatuh cinta.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik di sini.
0 Ulasan