Pelakon dan penerbit terkenal, Dato' Hans Isaac kembali menyandang jawatan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), berkuatkuasa hari ini.
Pengumuman pelantikan Hans dibuat menerusi hantaran media sosial milik perbadanan tersebut kira-kira jam 5.59 petang tadi. Hans atau nama sebenarnya, Gerald Hans Isaac, 54, dipilih bagi menggantikan Dato' Kamil Othman, yang mula menggalas jawatan tersebut pada 24 Februari 2023.
Pelantikan Hans dibuat kali kedua selepas memegang jawatan yang sama pada 8 April 2019.
Ketika tinjauan di laman instagram beliau, Hans berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil kerana memberi kepercayaan untuk menggalas jawatan terpenting di perbadanan tersebut.
Menurutnya, Hans berkata juga, beliau mempunyai banyak perancangan untuk dilakukan demi industri perfileman melalui FINAS.
Dari segi profil kerjaya, Hans merupakan pelakon, pengarah dan penerbit beberapa projek drama, persembahan muzikal, teater dan sebagainya. Beliau membintangi 25 buah filem dan beberapa buah drama antaranya, Ringgit Kasorrga (1995), Amok (1995), Scoop, Gemilang, Hanya Kawan, Laila Isabella, Buli dan banyak lagi.
0 Ulasan