UMAT ISLAM DI MALAYSIA SAMBUT AIDILFITRI ESOK

Umat Islam di seluruh Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, malam ini. 

"Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Isnin, 31 Mac 2025," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi pengumuman rasmi disiarkan di saluran televisyen dan radio tempatan. 

Sumber berita dipetik dari Bernama


Catat Ulasan

0 Ulasan