GOOD BAD UGLY PUKAU PENONTON!

Good Bad Ugly, lakonan bintang legenda Padma Bhushan Ajith Kumar, kini meletup di pawagam Malaysia. Filem arahan pengarah sensasi, Adhik Ravichandran itu telah pun menemui penonton tempatan bermula semalam, 10 April 2025. 

Filem yang diedarkan oleh Five Star Trading itu telah ditayangkan pada malam hari pertama pembukaan filem tersebut di Kuala Lumpur, bertempat di LFS PJ State. Mengisahkan tentang AK aka Red Dragon (Ajith Kumar), seorang bos jenayah yang amat digeruni. Beliau telah mengejutkan ramai pihak apabila dengan rela hati menyerah diri kepada pihak berkuasa demi bagi menebus kesilapan silam untuk kembali bersama isteri tersayang. Pertemuan semula mereka bersama anaknya, Vihaan mengundang satu tragedi yang cukup menggemparkan. Apakah kesudahan kisah mereka ini?. Semuanya bakal terjawab dalam Good Bad Ugly yang kini panas ditayangkan di pawagam seluruh negara. 

Ketika tayangan perdana filem tersebut di Petaling Jaya pada malam Khamis, antara tetamu yang hadir adalah  En. Garunamurthee, Pengarah Urusan FST,  Datuk Anand, Ketua Pegawai Eksekutif, Antenna Entertainments, Dato’ Sri Gnanaraja, Dato Geethanjali G, dan Md Yahiya Bai , Pengerusi XGEN. 

Yang paling mencuri tumpuan, pastinya penampilan Darkkey Nagaraja yang bergelar Raja Samba Rock! di mana tontonan treler bagi lagu Puli Puli mendapat tontonan 40 juta penonton seluruh negara. Ini membuktikan betapa besar impaknya dalam memperkenalkan Malaysia ke pentas antarabangsa.

Filem ini juga disajikan dengan sari kata  bahasa Melayu, memudahkan peminat tempatan untuk benar-benar menikmati setiap babak. Penonton yang hadir memberikan tepukan gemuruh, jelas menunjukkan kepuasan maksimum terhadap satu lagi persembahan memukau dari Thala Ajith!

Dalam satu kenyataan media, Dr. Sai Suthan Krishnan, Pengurus Besar Five Star Trading, berkata, lakonan Ajith Kumar dalam Good Bad Ugly perlu ditonton peminat filem dan berharap filem ini mendapat sokongan padu dari semua penonton apabila ditayangkan di Malaysia. 

“Kami berbesar hati untuk mengedarkan Good Bad Ugly lakonan Ajith Kumar di Malaysia. Filem ini adalah layanan istimewa daripada Thala Ajith kepada peminatnya, dan kami sangat teruja dengan sambutan yang menggalakkan. Saya mengucapkan terima kasih yang ikhlas kepada semua yang menghadiri tayangan perdana ini. ia adalah sesuatu yang menggembirakan melihat semua orang bergembira dan meraikan majlis besar ini,” katanya. 

Good Bad Ugly, filem wajib tonton bagi penggemar Sinema Tamil di Malaysia.                 3/5 Wajib Tonton.

Kredit Gambar: Celebrity Photographymedia IG

Catat Ulasan

0 Ulasan